Rabu, 15 Ogos 2012

Sambal Pede a.k.a. Sambal Budu

Ibu nak bertanya sikit kepada semua pengunjung teratak maya ibu ni.. Pernah dengar tentang sambal pede tak? Pernah makan atau pernah rasa? Agak-agaknya, macam manalah rupa sambal pede ni. Pada firasat ibulah, tentu tak ramai yang tahu dan mungkin tak pernah dengarpun tentang sambal pede ni. Oklah, nanti ibu perkenalkan ye..

Sebelum bercerita panjang lebar tentang sambal peda ni, ibu nak rakan-rakan betulkan dulu sebutannya. Sebutan "sambal" tu tak jadi masalah kan? Ibu yakin semua pandai menyebutnya. Yang menjadi masalahnya, bagaimana nak sebut "pede" tu. Sebenarnya, kedua-dua suku kata "pe" dan "de" tu menggunakan e pepet (bukan e taling). Kalau dah ingat-ingat lupa (atau memang dah lupa pun) perbezaan bunyi antara kedua-dua e tu bolehlah rujuk sini

Untuk pengetahuan rakan-rakan ibu semua, sambal pede ni adalah masakan tradisional yang sangat popular di Jerantut. "Pede" tu adalah panggilan manja bagi budu. Jadi, sambal pede tu dikenali juga dengan sambal budu. Tapi, jangan silap pula ye.. sambal pede ni bukanlah macam sambal budu yang dimakan dengan nasi kerabu tu..

Inilah sambal pede a.k.a. sambal budu
 
Untuk perhatian, ini bukanlah rupa asli sambal pede. Rupa sebenarnya lebih cun. Yang ini sambal pede versi orang m@#@s. Insyaallah, jika berkesempatan ibu akan tepekkan gambar sambal pede yang comel lote lepas ni ye.. 

Inilah sambal kesukaan ibu sejak dulu lagi. Antara makanan yang mesti ada dalam hidangan berbuka keluarga ibu berselang hari. Ayah dan anak-anak pun suka. Untuk entri kali ni, ibu tunjukkan gambar je. Insyaallah, ada kelapangan nanti, ibu kongsikan resipinya (banyak pulak janji ibu..)

p/s: Dalam debaran menunggu pengumuman cuti oleh guru besar. Belum pasti, sekolah ibu cuti atau tak esok.. 


16 ulasan:

  1. saya tak pernah dengar , tak pernah rasa
    tapi seronok mencuba sesuatu yang baru. Boleh nanti try buat manalah tahu, kena pulak dengan tekak kannn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, kak Es..
      Nanti kita kongsikan resipinya

      Padam
  2. tak pernah rasa..first time tau...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah je nak masak JS. Nanti bolehlah cuba.

      Padam
  3. Tak pernah dengar. Tp mcm sambal org Melaka suka buat tu je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang resipinya Ros cuma yg ini tambah budu je..

      Padam
  4. tak pernah dengar... =)

    selamat hari raya =)

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan tradisi org Jerantut ni. Orag luar mungkin tak pernah dengar..

      Salam ukhwah Cikgu Ma.. Terima kasih sudi follow IB..
      Selamat Hari Raya..

      Padam
  5. Selamat hari raya. Maafkan kesalahan ckLah jika ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari raya ckLah.
      Maaf juga drp saya..

      Padam
  6. pertama kali dgr nama sambal ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang tempat lain mungkin tak pernah dengar tapi mungkin dah pernah makan.. Nama je lain kot..

      Padam
  7. Salam..
    nampak sedap
    dimakan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Zulkbo,
      Bagi saya, memang sedap..

      Padam
  8. tak pernah tau dan tak pernah dengar.. nanti dah upload gambar meletop jgn lupa sertakan resepi sekali ye kak :)

    BalasPadam
  9. Insyaallah Syiela.
    Nanti kita konsikan resipinya.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2014 © IBU BERBICARA