Khamis, 29 November 2012

Misteri Jodoh


Kata orang, ada tiga perkara yang menjadi misteri iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Menjadi misteri kerana sebagai manusia kita tidak tahu bila kehadirannya.

Berbicara soal jodoh, ternyata tiada yang mampu mengungkap tabir rahsia-Nya. Siapa dengan siapa, bila dan di mana tetap menjadi rahsia.  Tika kita telah bersiap sedia, jodoh tak kunjung tiba. Namun, terkadang jodoh muncul tanpa diduga.

Ada yang bertahun-tahun lama memadu kasih kononnya serasi bersama, akhirnya berpisah juga. Menariknya, setelah berpisah, bertemu seseorang terus bernikah tanpa sempat bercinta. Ada pula, yang hanya bertemu jodoh setelah berkali-kali bertukar cinta. Namun, ada juga baru bercinta lalu terus bernikah.  

Begitu juga, ada yang jodohnya ditentukan oleh orang tua dan ternyata berkekalan ke akhir hayat. Sebaliknya, ada yang pernikahannya diibaratkan wedding of the year tapi ternyata jodoh tak panjang.

Google image

Mengapa Allah merahsiakan jodoh seseorang? Mengapa sukar mendapat jodoh? Nantikan kupasannya malam ini dalam rancangan Semanis Kurma yang akan membincangkan tajuk "Misteri Jodoh" bersama-sama Ustazah Siti Norbahiyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah. Panel undangan ialah Dr. Robiah K.Hamzah dan Ustaz Muhammad Jazlan.

p/s: Jom Tonton!

6 ulasan:

  1. Tak sempat tgk smalam ... huhuhu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah sempat dengar perkongsian dalam semanis kurma semalam :)
    comel ustazah bahyah & ustaz wan akasyah gaduh2 manje ^_^

    BalasPadam
  3. tak sempat nak tngok...rugi betul...

    BalasPadam
  4. M pun x tengok ari tu..ruginya....

    BalasPadam
  5. tak sempat tengok.. misteri jodoh. =) memang misteri..~

    BalasPadam
  6. Misteri jodoh mmg satu tajuk yg menarik untuk pengetahuan bersama. Boleh tengok dekat youtube kan?

    BalasPadam

COPYRIGHT 2011 - 2013 © IBU BERBICARA