Khamis, 27 Disember 2012

Di Sebalik Entri Wordless Wednesday #4: Terima Kasih, Cikgu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pada 29 November yang lepas, guru besar sekolah ibu mengadakan majlis bagi meraikan murid-murid yang memperoleh 5A, 4A dan 3A dalam UPSR 2012. Majlis ringkas ini diadakan tanpa perancangan rapi seperti majlis-majlis lain yang dijalankan di sekolah. Seperti tahun lepas, guru besar mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk majlis ini.

Ibu dan guru kelas dimaklumkan tentang hal tersebut beberapa hari sahaja sebelum majlis diadakan. Jenuh jugalah kami menghubungi murid-murid untuk memaklumkan tentang majlis tersebut. Maklumlah, ketika itu sekolah dah bercuti, malah ada antara murid yang dahpun berada nun jauh di kampung masing-masing.

Inilah kek dalam entri Wordless Wednesday #4 semalam. Pemberian seorang murid untuk guru-guru sebagai tanda terima kasih. Kek ini adalah air tangan kakak murid tersebut yang juga bekas murid sekolah ini.

 
Sebiji lagi kek daripada murid yang sama.


Selain sate dan ayam goreng KFC yang ditaja oleh guru besar, banyak lagi makanan lain yang dibawa oleh murid-murid pada majlis tersebut tapi maaflah kerana tidak terakam oleh lensa kamera tuan blog. 

P/s: Tahniah buat anak didik yang telah ditawarkan ke SBP.


18 ulasan:

  1. Cun betul kek yang first tu.Meleleh~

    BalasPadam
  2. tahniah untuk murid2 yg berjaya dlm upsr..serta dpt mrsm..alhamdulillah..dpt menikmati kek..syukran ingatan dan penghargaan gb..

    BalasPadam
  3. Tahniah pada yg berjaya dgn cemerlangnya dalam peperiksaan tu. Tahniah juga pada cikgu2 dan ibubapa murid2.

    BalasPadam
  4. Wah.. seronoknya... Tahniah buat cikgu2 & anak2 murid..

    BalasPadam
  5. bahagia bila disayangi...gembira bila dihargai...
    TAHNIAH semua.....semoga Allah sentiasa memberkati jasa2 guru...

    BalasPadam
  6. cantiknya kek tuuu.. sedap.

    Tahniah adik adik.. =)

    BalasPadam
  7. tahniah buat anak didik sis...smoga sukses lg utk akan dtg...

    BalasPadam
  8. Sedapnya kek. Tahniah buat anak didik cikgu yg cemerlang.

    BalasPadam
  9. cantik kek tu
    nak makan pon sayang kan (",)

    BalasPadam
  10. tahniah buat anak didik sis.. moga mereka cemerlang di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  11. tahniah untuk anak2 murid akak..mesti meriah kan raikan kejayaan mereka..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  12. cantiknye kek kat ats...

    BalasPadam
  13. Tahniah untuk cikgu-cikgu semua termasuk Ibu ya..(bukan senang nak jadi pendidik yang berjaya) teringat kenakalan sewaktu masih dibangku sekolah...

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah, tentu guru-guru seronok dengan kejayaan murid2 dan lagi seronok bila ada yang menghargai... Tahniah buat Mie dan rakan2 serta anak murid juga..

    BalasPadam
  15. tahniah buat ankak didik cikgu . comelnye kek pink tu :)

    BalasPadam
  16. Salam...
    Selamat kembali ke sekolah cikgu...

    :D

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum ibu, bestnya ada kek. kek tu cantik. baiknya budak ni! hihi

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA