Jumaat, 30 November 2012

Palestin Negara Pemerhati PBB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu, sekali gus memberi kekalahan diplomatik besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Kemenangan kepada Presiden Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York itu, turut mencetuskan suasana meriah di Tebing Barat apabila beribu-ribu orang meraikannya dengan melepaskan tembakan ke udara dan bersorak di bandar Ramallah.

Pengiktirafan yang disifatkan Abbas sebagai 'sijil lahir' untuk negara Palestin itu mendapat undian 138 daripada 193 negara anggota PBB.

Mahmoud Abbas melambai ke arah perwakilan ketika 
berucap di Perhimpunan Agung PBB semalam 

Sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang undi tersebut, manakala 41 lagi negara seperti Britain dan Jerman, mengambil pendirian berkecuali.

Bendera Palestin turut dikibarkan di UNGA selepas kemenangan itu diumumkan, tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam ucapan Abbas yang disifatkannya sebagai 'menyakitkan hati'.

Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaik taraf daripada entiti pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki oleh Vatican City.

Walaupun Palestin masih tidak layak untuk mengundi dalam UNGA, tetapi negara itu boleh menyertai agensi-agensi PBB lain terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), membolehkan siasatan dilakukan ke atas kekejaman Israel.

Menurut Abbas, pengiktirafan itu akan digunakan sebagai landasan kepada penyambungan semula rundingan secara langsung dengan Israel yang telah dibekukan selama lebih dua tahun.

AS dan Israel segera mengecam undian itu dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkannya sebagai 'tidak produktif'.

Netanyahu pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang 'tidak akan membawa makna' dan menuduh Abbas menyebarkan 'propaganda palsu' ke atas Israel dalam ucapannya di UNGA, semalam.

"Resolusi PBB itu tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membawa kepada penubuhan negara Palestin, malah akan membantutkan lagi usaha tersebut," katanya. 

Kredit:
1. Utusan Online
2. Google images  



Bermain Laga Biji Getah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga ibu menjengah ke sini. Malam ini ibu bersiaran dari Kuala Terengganu. Kami baru je sampai lebih kurang jam 10.00 malam tadi. Beberapa kali juga pusing keliling Bandar Kuala Terengganu barulah berjumpa dengan tempat penginapan walaupun dah kali kedua menginap di sini.

Tentu masih ingat, ibu ada bertanyakan tentang sejenis buah dalam entri di sini. Ramai yang cuba menjawab dan ramai juga yang meneka dengan tepat. Sebenarnya buah tu ialah buah getah muda.
  
[Google image]

Sebenarnya, buah getah ini mengembalikan ingatan kepada zaman kanak-kanak ibu. Dulu rumah ibu berhampiran kebun getah. Apabila tiba musim panas, suasana kebun getah meriah sekali. Ketika inilah, buah getah yang dah tua meletup memuntahkan biji-bijinya. Irama pup! pap! pup! pap! inilah yang menjadi halwa telinga kami selama berpuluh tahun.

[Google image]

Pada waktu petang, ibu, adik-adik dan rakan-rakan akan ke kebun getah tersebut dan mengutip biji-biji getah ini. Biji getah ini kami gunakan untuk bermain laga biji getah. Dulu manalah ada permainan macam sekarang. Jadi, dapat main laga biji getah inipun dah cukup menyeronokkan. Ada yang pernah main tak? 

Biji getah akan diletakkan di kedua-dua pangkal tapak tangan. Kemudian, biji getah ini akan dilagakan dengan mengepitkannya sekuat hati hingga ada yang pecah. Biji getah yang tidak pecah dikira menang. Ada juga yang menindihkannya di atas lantai sebelum diketuk dengan tapak tangan. Jadi, untuk bermain, kenalah pandai memilih biji getah yang kuat untuk dilagakan. 

Ketika ini jugalah permainan congkak menjadi permainan popular. Lubang-lubang congkak dibuat di atas tanah. Puas bermain laga biji getah, kami bermain congkak pula. Namun, semua ini cuma tinggal kenangan. Kenangan yang akan tersimpan kukuh selagi hayat dikandung badan, Insyaallah. Dan kini, kenangan tersebut ibu kongsikan di sini buat tatapan anak cucu.


Khamis, 29 November 2012

Tambah Widget Google+ Followers di Blog

Tentu ramai yang dah tahu bahawa Blogger telah pun memperkenalkan widget follower baru; Google+ Followers. Ibupun perasan tentang perkara tu namun tak bercadangpun nak masukkan ke dalam blog ibu ni.

Walau bagaimanapun, semasa bw ke blog Mia pagi tadi barulah ibu tahu yang Google pernah membuat pengumuman akan menutup Google Friend Connect. Boleh baca tentang hal tersebut dalam entri Mia di sini. Macam manalah ibu boleh ketinggalan pasal tu.

Sayangnya jika GFC tu tiba-tiba hilang je. Walaupun follower blog ibu ni ciput je tapi ibu sayang dan amat menghargai kehadiran mereka di sini. Selepas baca entri Mia, ibupun terus masukkan widget Google+ Followers ke sidebar blog ibu ni. Selepas ini, ibu harap rakan-rakan bolehlah Add Ibu di Google+ Followers ini ye...

Kalau ada sesiapa nak masukkan widget Google+ Followers ke dalam blog masing-masing bolehlah ikuti tutorial yang Mia dah buat di sini. Sebelum itu, kenalah tukar kepada Google+ profile dulu.

p/s: Terima kasih Mia!


Misteri Jodoh


Kata orang, ada tiga perkara yang menjadi misteri iaitu rezeki, ajal dan jodoh. Menjadi misteri kerana sebagai manusia kita tidak tahu bila kehadirannya.

Berbicara soal jodoh, ternyata tiada yang mampu mengungkap tabir rahsia-Nya. Siapa dengan siapa, bila dan di mana tetap menjadi rahsia.  Tika kita telah bersiap sedia, jodoh tak kunjung tiba. Namun, terkadang jodoh muncul tanpa diduga.

Ada yang bertahun-tahun lama memadu kasih kononnya serasi bersama, akhirnya berpisah juga. Menariknya, setelah berpisah, bertemu seseorang terus bernikah tanpa sempat bercinta. Ada pula, yang hanya bertemu jodoh setelah berkali-kali bertukar cinta. Namun, ada juga baru bercinta lalu terus bernikah.  

Begitu juga, ada yang jodohnya ditentukan oleh orang tua dan ternyata berkekalan ke akhir hayat. Sebaliknya, ada yang pernikahannya diibaratkan wedding of the year tapi ternyata jodoh tak panjang.

Google image

Mengapa Allah merahsiakan jodoh seseorang? Mengapa sukar mendapat jodoh? Nantikan kupasannya malam ini dalam rancangan Semanis Kurma yang akan membincangkan tajuk "Misteri Jodoh" bersama-sama Ustazah Siti Norbahiyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah. Panel undangan ialah Dr. Robiah K.Hamzah dan Ustaz Muhammad Jazlan.

p/s: Jom Tonton!


Cuba Teka 3: Buah Apa?

Malam ni ibu nak minta pengunjung-pengunjung blog ibu ini meneka lagi. Sebelum ini ibu suruh teka pasal bunga dalam entri di sini. Kali ini cuba teka buah apakah dalam gambar ni?


Bagi yang tahu jawapannya, cubalah kongsikan pasal buah ini. 
Ibu pun ada cerita tentang buah ni. Nanti ibu ceritakan ye..

p/s: Terkenang semasa dulu.. hatiku berasa rindu.


Rabu, 28 November 2012

Tempat Ketiga Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Satu lagi cerita basi daripada tuan tanah. Maaf lah ye.. Dah lebih sebulan berlalu baru terhegeh-hegeh nak cerita. huhu.. Ini cerita tentang satu lagi kejayaan sekolah ibu. Cerita ni tersimpan lama sebab tak ada gambar nak disertakan sekali. Maklum ajelah, cerita tanpa gambar memang tak seronok dibaca. Betul tak? 

Al kisahnya, pada 21-23 Oktober yang lepas pasukan kalam jamaie sekolah ibu telah mewakili negeri Pahang ke pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Alhamdulillah, sekolah ibu mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan dari negeri Terengganu manakala tempat kedua digondol oleh pasukan tuan rumah, Johor.

Opss.. bagi yang belum tahu, sebenarnya kalam jamaie ini adalah pertandingan coral speaking dalam bahasa Arab. 
 
Persembahan pada majlis kesyukuran panitia Pendidikan Islam dan j-QAF sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Pasukan sekolah ibu ni disertai oleh murid-murid tahun empat. Kejayaan mereka merupakan kejutan buat warga sekolah kerana pertama kali berjaya ke peringkat kebangsaan.

Jom kita saksikan persembahan pasukan dari negeri Terengganu yang menjadi johan dalam pertandingan tersebut.


Kredit: YouTube

Terengganu diwakili oleh Pasukan Ar-Raudhah SK Tengku Mahmud (SBT), Besut, Terengganu.

p/s: Moga 2013 menjanji kejayaan yang lebih cemerlang buat sekolah ibu.


PALESTINE, TOMORROW WILL BE FREE… Aamiin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mereka tidak memerlukan kita ke sana tetapi mereka memerlukan doa yang berterusan daripada kita di sini. Cakna kita haruslah berterusan. Isu ini harus diperjuangkan sehingga tanah Palestin menjadi milik Umat Islam semula.



Selasa, 27 November 2012

Pencarian Bloglist Disember

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

 
Tamat:
28 November 2012
( 11.59 pm )

Semasa bw, ibu ternampak segmen ni. Menurut Nurfarah Hani, dia sedang mencari bloglist untuk bulan Disember. Kata Hani lagi, "Tak kisah la berapa yang join. Anda akan tetap jadi bloglist saya". Ibu tak nak lepaskan peluang ni. Syarat-syaratnya pun amat mudah.

p/s: Suka banner tu.. Comel sangat. 


Give Away Dot My

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Tarikh tutup:
Selasa, 27 Nov 2012 / 11.15 malam

Pengumuman Pemenang:
Rabu, 28 Nov 2012

Sponsor bersama:


Terima Kasih Teman ~ Bukan Tak Nak Kawan


Perkara pertama yang ibu tengok bila buka blog ialah widget followers di sidebar sebelah kanan blog ibu ni. Nak tau juga, makin bertambah ke rakan kita hari ni atau makin berkurang.*Eh, ada ke yang berkurang?  Manalah tahu kot-kot ada yang dah tak suka atau berjauh hati, terus putus sahabat. Harap-harap tak adalah kejadian macam tu kan..

Selepas Ude ke sekolah, terus ibu jenguk teratak maya ibu ni. Alhamdulillah, makin ramai rakan ibu. 
Jangan gelakkan ibu ye. Orang lain teruja dengan follower yang dah mencecah ribuan orang, ibu pulak bukan main seronok lagi dengan follower yang baru mencecah 414 orang. Tak apalah, semua orang bermula dari bawah kan. Apa yang penting ibu amat menghargai rakan-rakan yang sudi berkunjung dan menjadi mengikut blog ibu ni. Sayang kalian..

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang buat ibu rasa tak seronok. Kebiasaannya, ibu akan balas kunjungan semua follower baru dan masukkan blog mereka ke dalam bloglist ibu.

Masalahnya, ada rakan-rakan yang tak meletakkan link blog di profil blogger mereka. Mereka juga tidak meninggalkan jejak lain seperti komen di shoutbox. Jadi, tak dapatlah ibu balas kunjungan mereka seterusnya menyenaraikan blog mereka di bloglist ibu. 

Lepas ni cubalah check blogger profile visibility kalian. Perkara macam ni kita tak perasanpun sebab kita tak klikpun profil blogger kita tu kan.. Hanya orang lain je yang perasan. Untuk pengetahuan pengguna blogger, sekarang ini profil blogger boleh di ditukarkan ke Google+. Ramai yang dah berbuat macam tu termasuk ibu.

Bagi rakan-rakan yang dah follow blog ibu, sudilah kiranya berkunjung ke Bloglist Ibu Berbicara. Sila tinggalkan komen andai blog kalian tidak tersenarai dalam bloglist tersebut. Bagi yang dah letakkan blog ibu di bloglist masing-masing, sila maklumkan juga kerana blog kalian akan ibu senaraikan di bloglist utama blog ibu ni.


p/s: Tanpa pengunjung dan rakan followers siapalah ibu di dunia maya ini.


Hilang Berganti ~ Indahnya Perancangan Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semasa serangan Israel ke atas Gaza minggu lepas, 300 bayi selamat dilahirkan di Khanyounis. [sumber] 


Isnin, 26 November 2012

Sumpah Ariel Sharon: “Saya Akan Bakar Setiap Bayi Dilahirkan Di Palestin!”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja sasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin.

Tujuannya jelas, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).
Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu. 

Berita penuh di sini

p/s: Teruskan usaha membantu saudara kita di sana. Sumbangan melalui sms, Taip PALESTIN<jarak>10 (nilai:10/5/3/1) dan hantar ke 39111 (Aman Palestin)


Minum Jus Delima

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa yang tak kenal buah delima; buah yang amat menarik dari segi bentuk dan warnanya. Apabila kulitnya yang merah berkilat dikupas, akan kelihatanlah kantung-kantung kecil berjus segar tersusun rapi di dalamnya. 

Ibu memang suka buah delima. Ibu gemar rasanya yang masam-masam manis. Sebiji buah delima sekejap je ibu kerjakan. Leka kalau makan buah delima ni. Sambil berbual, kutil seulas-seulas masuk mulut. Memang ralitlah bak kata orang Pahang. 
 
Sebelum ini, selalu juga ibu dengar dan baca tentang buah delima yang merupakan antara buah yang disebut di dalam al-Quran. Namun, ibu tak ambil kisah dan makan hanya kerana rasanya yang sedap.

Kisah bermula apabila baru-baru ini seorang rakan mengesyorkan agar ibu minum jus delima. Ibu mula mencari maklumat di internet. Rupa-rupanya memang banyak khasiat buah delima. Selepas lebih kurang sebulan mengamalkan minum jus delima, badan ibu rasa lebih sihat dan bertenaga. Sekarang ibu telah menjadikan jus buah delima ini sebagai minuman harian.

Ibu kongsikan antara khasiat buah delima yang ibu peroleh di sini.

Khasiat mengikut buku perubatan Parsi:
  • Membaik pulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubah suai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit

Khasiat dari kajian perubatan moden:
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% dalam kalangan pesakit darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara. Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain.
p/s: Jagalah kesihatan sejak muda. Jangan dah senja macam ibu barulah nak makan itu, minum ini.


Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Pagi tadi ibu terima jemputan khas daripada penganjur untuk join segmen  ni. Terima kasih Farisha. Kata Farisha:
"Tiada hadiah lumayan ditawarkan tetapi kesemua peserta akan dimasukkan ke dalam Bloglist Farisha dan akan berkekalan selama setahun (sehingga bulan 12/2013)"
Bestnya! Ibupun nak tersenarai dalam bloglist Diari Farisha. Jadi, ibu tak nak lepaskan peluang yang baik ni. Lagipun, syarat-syaratnya simple je. Jom, rakan-rakan kita beri sokongan kepada Farisha!

Tarikh Tutup: 1 Januari 2013

p/s: Gembira jika dapat beri sokongan kepada rakan-rakan. 


Bantu Palestin ~ Hentikan Keganasan, Bebaskan Palestin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sumbangan BERMULA dari: 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012

Ahli GBS dan GROUP BLOGGER APAKAH? telah melancarkan satu aktiviti amal yang dinamakan BANTU PALESTIN dengan mengambil inisiatif mengadakan satu kutipan sumbangan untuk membantu saudara Islam di Palestin. Sumbangan ini terbuka kepada semua pihak sama ada blogger mahupun bukan blogger.

Kepada yang sudah memberi sumbangan, anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir 0132757252 untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan.

[sumber]

p/s: Moga usaha ini dapat membantu saudara Islam kita di sana


Ride for Gaza

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Satu acara amal berbasikal untuk Gaza akan diadakan pada 1 Disember ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Sumbangan dana Ride for Gaza boleh dibuat menerusi akaun:

Aqsa Syarif Berhad
Maybank Islamic 5515 7500 4299
 
Borang sumbangan dana: http://alturl.com/3r86y

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.facebook.com

p/s: Hulurkan sumbangan. Ringankan beban saudara-saudara kita di sana.



Ahad, 25 November 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tarikh tutup:  03.12.12/11.59pm
 
Wah, segmen yang dianjurkan oleh Emas Putih ni mendapat sambutan hangat! Jadi, ibu pun nak turut memeriahkan segmen ni. Lagi pun, ibu baru saja habis bw ke kesemua blog peserta segmen-segmen yang ibu dah join sebelum ni.
  
Syarat-Syarat:
  1. Buat tajuk entry: Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih 
  2. Letak banner kat bawah ni and tempek kat entry blog and link kan ke entry ni.
  3. Like page ni Emas Putih[dot]Com 
  4. Letakkan link entry segmen anda ke ruangan komen. 
  5. Due date: 13.11.12/00.00am - 03.12.12/11.59pm (3 Weeks)

RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random

Kepada yang nak turut serta, klik banner di atas.

p/s: Jom join & bw..


Bantulah Lindungi Bayi Palestin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

SHAH ALAM - Meskipun setiap bulan Israel membunuh warga Palestin, penjajah Zionis itu tidak mampu menghentikan pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat.

Angka kelahiran baru dikeluarkan Jabatan Masyarakat di Kementerian Dalam Negeri Gaza pada Oktober lalu, menjadi bukti wanita Gaza paling subur di dunia.


Menurut InfoPalestin, data  itu menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza, 15 nisbah 1.


Dalam tempoh empat bulan terakhir, terdapat 14,280 kelahiran baru iaitu 7.329 bayi lelaki (51.3 peratus) dan 6.955 perempuan (48.6 peratus).


Ini bererti lebih daripada 155 kelahiran berlaku setiap hari sedangkan angka kematian dalam tempoh sama berjumlah 974, iaitu 523 atau 53.6 peratus lelaki dan 451 atau 46.3 peratus golongan perempuan. Ini bererti kematian di Gaza berjumlah 10 orang sehari.
 

Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi per wanita jauh berbeza berbanding tahap kesuburan di Israel yang hanya 2.6 bayi per wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009, menunjukkan Gaza dipenuhi anak muda.


Seramai 793,520 penduduk Gaza adalah golongan belia sedangkan Israel menderita dengan tingginya peratus penduduk berusia tua.


Jadi, dengan laporan kelahiran yang amat memberangsangkan ini, marilah kita sama-sama memastikan bayi-bayi kecil yang dilahirkan setiap hari di Gaza terpelihara kesihatan dan keselamatannya.


Kita boleh bersama membantu dengan menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian.


Moga setiap ringgit yang kita hulur, dapat melindungi mereka untuk menjadi mujahid mengembalikan kedaulatan bumi Palestin.


Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf sebanyak RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.


Rakan penyalur bagi memastikan sumbangan orang ramai dapat dihantar seberapa segera ke Gaza ialah Aqsa Syarif dan Islamic Relief Malaysia (IRM).


Tabung ini menyasarkan kutipan RM1 juta dalam masa terdekat dan berharap menerima sumbangan daripada semua lapisan masyarakat.


Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, bernombor 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain di talian 03-51013820.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cek dengan menghubungi Sekretariat Sinar Harian untuk urusan penyerahan. [sumber]

p/s: Teruskanlah keperihatinan kita. Hulurkan tangan buat saudara-saudara kita di sana.


Kerabu Bunga Kunyit

Tentu masih ingat entry ibu tentang bunga kunyit di sini dan sini. Menurut orang-orang tua, bunga kunyit ini banyak kegunaan dan khasiatnya. Selain dijadikan ulam-ulaman, bunga kunyit juga boleh dibuat kerabu. Menurut mereka, amalan makan bunga kunyit ini baik untuk kesihatan di samping awet muda.
 Kredit: google image

Jom, kita kongsikan resipinya. Sebelum tu, untuk entri masak-masak kali ni, tak ada gambar ye. Sebenarnya, ibu sendiri tak pernah buat kerabu bunga kunyit ni. Resipi ni ibu dapat daripada rakan ibu. Katanya, setiap kali pulang ke kampung, kerabu bunga kunyit ini adalah antara menu wajib mereka. 

Resipi Kerabu Bunga Kunyit 
Bahan-bahan:
  • bunga kunyit
  • kacang panjang
  • kacang botor
  • daun cekur 
  • tauge
  • bawang merah
  • udang kering
  • cili padi
  • jus limau nipis
  • garam
  • gula 

Cara membuatnya:
  1. Bunga kunyit, kacang panjang, kacang botor, dan daun cekur dimayang. 
  2. Cili padi, bawang, dan udang kering ditumbuk.
  3. Campurkan semua bahan dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. 
  4. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas dan lauk utama yang lain.
p/s: Jom tanam kunyit.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA