Ahad, 20 Januari 2013

Key Chain Kain Felt daripada Aliya Liyana Creations

Semalam blog ibu ni sepi lagi tanpa entri. Maklumlah tuannya sibuk mengalahkan PM. Cerita Key Chain Kain Felt daripada Aliya Liyana Creations  inipun sebenarnya dah basi. Lebih seminggu sampai barulah nak berkongsi..  

Key chain ini dah lebih seminggu ibu terima daripada Aliya Liyana tapi baru sekarang berkesempatan berkongsi cerita di sini. Ibu buat tempahan online dengan Liya semasa cuti sekolah yang lepas. Sebenarnya tempahan ini siap hanya beberapa hari selepas ibu tempah, tak perlu tunggu lama-lama, namun dek kesilapan sendiri yang terlupa buat bayaran, lambatlah sampai ke tangan.

Ada lima pilihan warna iaitu biru, pink, ungu, peach, dan kuning.

Paling suka sebab dapat free gift berupa frigde magnet yang comel ini. Terima kasih ye, Liya!

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama ibu berurusan dengan Liya. Cenderahati buat rakan-rakan top commenters dalam entri Yang Rajin Berbicara dulupun ibu tempah daripada Liya juga. Ibu suka dengan hasil kerja Liya yang kemas. Insyaallah lepas ini akan menyusul tempahan yang lain pula.

Jika ada rakan-rakan yang sedang mencari hadiah atau cenderahati, atau untuk diri sendiri bolehlah tengok hasil tangan Liya di SINI. Ibu yakin, pasti ramai yang tertarik nanti.

P/s: Terima kasih Liya. Akak beli ye..


23 ulasan:

  1. wahh kreatif and cantik ^^ sy prnh teringin nak bljr buat kraf mcm tu tp blm berkesempatan lagi.

    BalasPadam
  2. Salam..ok sesangat lah tuh,kreatif inovatif..hehe tetap cute

    BalasPadam
  3. cntiknya key chain tu ibu..comel sgt..

    BalasPadam
  4. cantik...js pun suka tempah2 camni...nti lah js usha link dia ye...hihi

    BalasPadam
  5. cantik + kreatif..kalau Beby tgk mesti dia xcited nie...

    BalasPadam
  6. comel-comel buatan tangan ni :)

    BalasPadam
  7. waaa,lawaanya ..In dah la penggemar key chain yang tegar XD hehehee ...

    BalasPadam
  8. Memang cantiklah Mie, kreatif betul.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum ibu! comelnya! sheila nak fridge magnet felt tu boleh? hehehehe

    BalasPadam
  10. Cutelah Salmi. Kakak tengok felt doodle tu kakak senyum pulak. Cantik:)

    BalasPadam
  11. memang cantiklah..kreatif betul...

    BalasPadam
  12. salam kenal. singgah sini..cantik2 je..=)

    BalasPadam
  13. comel... kreatif pembuatnya...

    BalasPadam
  14. sudah semestinya nak tulis canteeeek sangat.
    kan komen skema tu... tapi memang itu pun kan
    :)

    BalasPadam
  15. hamboih sungguh lawa , hehe berkenan pula di hati ini

    BalasPadam
  16. woo baru tahu..sy kan slh seorang dr yg rajin berbicara itu..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA