Selasa, 2 April 2013

Menghadapi Cuaca Panas

Assalamualaikum dan salam mesra.

Sebagaimana yang kita semua maklum, sekarang kita sedang mengalami musim panas yang agak luar biasa. Keluar sahaja dari pintu rumah mahupun kereta, sudah terasa bahangnya. Bagi ibu sendiri, jika bukan disebabkan urusan kerja sudah tentu lebih selesa berada di dalam rumah sepanjang masa.  
Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan kesukaran malah boleh mengakibatkan kematian. Selain itu, potensi untuk diserang penyakit juga amat tinggi. Antara golongan yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak, orang tua, orang kelainan upaya (OKU) serta mereka yang mengalami obesiti. 

Panduan Menghadapi Cuaca Panas Melampau 
  • Kerap minum air mineral/air masak putih untuk mengimbangi suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.
  • Kerap mandi atau membasahkan badan.
  • Makan makanan yang boleh menyejukkan badan seperti buah naga. Elakkan makanan manis. Bagi perokok, kurangkan merokok *lebih baik berhenti terus.
  • Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat.
  • Kurangkan aktiviti luar dan berada di bawah panas matahari untuk tempoh masa yang lama. 
  • Ketika berada di tempat terbuka, pakai topi atau payung.
  • Menggunakan krim pelindungi suria pada bahagian kulit yang terdedah.
  • Elakkan senaman fizikal yang mengeluarkan peluh yang berlebihan.
  • Elakkan daripada meninggalkan kanak-kanak dan orang tua di dalam kenderaan bertutup.
  • Elakkan anak-anak bermain api atau membakar di kawasan terbuka kerana boleh mengundang kebakaran.
  • Jimatkan penggunaan air.

Ps: Jika ada tips lain, bolehlah dikongsikan bersama.


4 ulasan:

  1. Trimas atas entry yang berinformasi ini. Memang cuaca sangat panas, kawan2 pun ramai yang suaranya serak. Batuk yang paling ramai.. Banyak minum air suam boleh kurangkan panas badan

    Baru saja membaca entri di Hootoh Blog yang bertajuk:
    Tips ketika Cuaca Panas Melampau

    BalasPadam
  2. betul tu ibu, panass betul sekarang ni kan.. terima kasih kasik tips :)

    BalasPadam
  3. cuaca panas skang ni lain macam...dia mcm menyejat kandungan air dalam badan kita....akibatnya kita rasa badan cepat melekit walaupun tak berpeluh buat kerja berat....

    BalasPadam
  4. memang cuaca panas sekrgg....tq info..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA