Rabu, 8 Mei 2013

Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah 2013

 
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sejak tahun 2008 lagi. Pada tahun ini, peraduan ini telah bermula pada 1 Februari 2013 dan akan berakhir pada 31 Mei 2013.

Kepada anak-anak yang berminat dan ingin membina dan mengasah bakat penulisan kreatif masing-masing, jangan lepaskan peluang ini. Begitu juga bagi ibu bapa dan para guru, inilah peluang untuk mencungkil bakat penulisan kreatif anak-anak dan para pelajar. 


Tema Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Rendah  2013:
  • Alam Persekolahan
  • Kasih Sayang/kekeluargaan
  • Pengembaraan
  • Cita-cita
  • Haiwan Kesayangan 
  • Alam Sekitar



Tema Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Menengah 2013: 

  • Pendidikan 
  • Kasih Sayang/Kekeluargaan 
  • Pengembaraan 
  • Kemasyarakata 
  • Kerjaya
  • Patriotik 
  • Alam Sekitar 
  • Sains dan Teknologi. 
  • Kesenian dan Kebudayaan 
  • Keusahawanan Penyiasatan

Muat turun Syarat-syarat dan Borang Penyertaan:

Sumber: Portal Rasmi KPM




14 ulasan:

  1. menarik ni.dulu masa sekolah sy suka juga tulis cerpen..baca cerpen lg suka...;)

    BalasPadam
  2. untuk org dewaSA xde ke? heeee..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ibu.. :)
    lama tak tulis cerpen..
    last pun mse sekolah menengah, ehhe

    BalasPadam
  4. menarik...untuk yg berbakat, masa ni lah nak tnjukkan kebolehan....

    BalasPadam
  5. kalau panitia BM peka, amat bagus nie...sebagai galakan pada anak2 murid utk mengarang.

    BalasPadam
  6. jgn lupa join kpd yg berbakat..:)

    BalasPadam
  7. waaa bagus ni....boleh mencungkil bakat pelajar sekolah...

    BalasPadam
  8. boleh nak cuba ini bagi yang masih sekolah.

    BalasPadam
  9. SELAMAT HARI GURU, Sal!

    BalasPadam
  10. Peluang yang bagus untuk anak-anak mengasah bakat menulis ni Mie.

    BalasPadam
  11. assalam,

    dah lama bunda tak singgah kesini...sempena hari guru ni, bunda nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kpd Cikgu Salmi..

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama16 Mei, 2013

    Pleasе let me know if уou're looking for a article writer for your blog. You have some really good posts and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd
    love tо wгite ѕome mateгial for уour
    blоg іn exchange fοr
    a link bacκ to mіne. Рleаsе
    senԁ mе аn e-mail if interested.
    Cheers!

    my websitе; party pills Cheap

    BalasPadam
  13. selamat mencuba kpd pelajar2 yg nak join pertandingan ni...hehe dan tak lupa juga selamat hari guru kepada ibu....maaf terlambat pulak buat ucapan, hari dah masuk 17hb...hehe

    BalasPadam
  14. menarik jugak peraduan macam ni kan kak

    selamat hari guru kak Salmi :)

    BalasPadam

COPYRIGHT 2011 - 2013 © IBU BERBICARA