Ahad, 5 Mei 2013

Saya Pilih Mengundi

Assalamualaikum dam selamat petang.

Tepat pukul 5.00 petang tadi berakhirlah tempoh sembilan jam untuk mengundi. Tahniah kepada yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini yang terpaksa beratur lama ketika keluar mengundi pada sebelah pagi, maka ibu ambil keputusan untuk mengundi pada sebelah petang. Ibu keluar ke pusat mengundi pada pukul 4.15 petang. Jalan raya memang lengang ketika itu, jadi sekejap je dah sampai ke pusat mengundi.

Proses mengundi juga berjalan lancar kerana tiada pengundi lain di saluran tempat ibu mengundi ketika itu. Pukul 4.38 ibu dahpun sampai di rumah. Faiq yang menunggu kepulangan ibu sibuk hendak melihat dakwat di jari.

Ole-ole PRU13

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terima kasih buat semua pegawai pilihan raya yang bertugas hari ini.

Sekarang hanya menanti keputusan diumumkan. Apa-apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan, diharap kita semua dapat menerimanya dengan hati dan fikiran yang terbuka.

Ps: Agak-agaknya, apakah rasa orang yang tidak dapat keluar mengundi hari ini? 


3 ulasan:

  1. ole-ole pru ek...hehehe...saya punya ole ole dah hilang dah....lepas mandi...haha

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA