Khamis, 2 Mei 2013

Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014


Kepada semua pelajar lepasan SPM 2012 yang memohon kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2013/2014, anda boleh membuat Semakan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014 bermula 25 April 2013.


Semakan melalui SMS

  • Taip MOE<jarak>MAT<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888
  • Contoh: MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888
  • Mulai 4.00 petang, 25 April 2013
Semakan online

 
Makluman Penting:
Calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej:

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran
  • Dokumen peribadi pelajar
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)


Tarikh pendaftaran: 
  • Kolej Matrikulasi Labuan - 19 Mei 2013
  • Kolej Matrikulasi Sarawak - 26 Mei 2013
  • Kolej-kolej Matrikulasi seluruh semenanjung - 27 Mei 2013

Rayuan:
  • Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013.
  • Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA