Isnin, 7 Julai 2014

Falsafah Buah-buahan?

Tengah hari tadi sempat menjengah ke FB. Lantas terjumpa kiriman yang amat menarik oleh seorang teman. Mungkin ada antara para pengunjung yang pernah membaca atau tahu tentang apa yang dikatakan sebagai falsafah buah-buahan ini. Jom kita lihat antara falsafah buah-buahan tersebut: 
  • Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus. Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu. Maksudnya: Jangan bersifat riak dengan menunjuk-nunjukkan harta, ilmu dan sebagainya.
  • Jadilah Pokok pisang. Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati. Maksudnya: Kesetiaan dalam perkahwinan.
  • Jadilah buah durian, jangan jadi buah kedondong. Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri. Maksudnya: Jangan menilai orang dari sifat luarannnya sahaja.
  • Jadilah ubi kayu. Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih. Maksudnya: Jagalah hati jangan dinodai dengan kekotoran.
  • Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan. Tangkai petai memberi makanan yang sama rata kepada biji petainya, tidak seperti rambutan, buahnya ada yang kecil ada yang besar. Maksudnya: Sentiasalah bersikap adil.
  • Jadilah kelapa. Semakin tua semakin pekat santannya. Maksudnya: Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.  
  • Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulitnya, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalamnya. Maksudnya: Sentiasalah bersikap jujur. Apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



 




5 ulasan:

  1. menarik falsafah buah2an ni :)

    BalasPadam
  2. aha, yah pn dapat ni kat w.apps kak mie..mmg menarik mrk olahkan.terlalu mendalam maksudnya.

    BalasPadam
  3. menarik tp sure buah2 yg bkaitan tu ckp, apsal libatkan aku, aku tak bsalah pon.. hahaha..

    BalasPadam
  4. Hoho..buah2an pun ada falsafah ye:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA