Sabtu, 31 Disember 2011

Pinggan Mangkuk Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebelum menutup tirai 2011 ni, ibu ingin berbicara pasal minat baru ibu. Minat terhadap pml a.k.a pinggan mangkuk lama ni mula bercambah setelah emak menghadiahkan dua set pml kepunyaannya kepada ibu awal tahun ini.



Set yang pertama ni telah berada dalam simpanan emak lebih 23 tahun. Bentuk tekonya agak unit dan cukup menarik. Sudah ada yang melamar teko ni tetapi ibu tidak akan sesekali melepaskannya. 
Set kedua merupakan tea set bunga padi. Set ni merupakan hadiah daripada rakan-rakan ayah sempena persaraannya 15 tahun lalu. 

Sebenarnya, ibu telah menambah banyak kaum kerabat bunga padi ni. Semuanya ibu beli online daripada rakan-rakan APC. Insyaallah ibu akan buat entry khusus tentang set bunga padi ni yang pada pendapat ibu cukup manis dipandang mata.



Jumaat, 30 Disember 2011

Ada yang belum selesai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Cuti sekolah berbaki empat hari sahaja lagi. Ini bermakna hanya tinggal empat hari lagi sekolah akan dibuka semula.  Dalam tempoh yang singkat itu jugalah ibu bapa perlu melengkapkan keperluan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan 2012.

Bagi ibu dan ayah, alhamdulillah semuanya sudah beres kecuali baju Ude. Semasa ibu dan ayah bawa anak-anak membeli kelengkapan sekolah, ibu lihat Ude agak keberatan memilih baju yang dah siap. Jarang katanya. Jadi, terpaksalah ibu jahit sendiri.

Alhamdulillah, hari ni ibu dah menyiapkan semua tempahan pelanggan Teratak Impian. Esok bolehlah ibu mula menjahit baju Ude.

Inilah tempahan terakhir yang ibu siapkan tengah hari tadi. Tempahan rakan ibu yang akan mengadakan majlis berendoi untuk babynya, Qaseh Nur Diana.

 Yang ini pula ibu siapkan semalam dan terus diposkan ke Ulu Klang.



Khamis, 29 Disember 2011

Si Biru WindMill ♥ Menggamit Nostalgia

Walaupun set WindMill ni bukan kategori PML tapi ibu cukup berkenan.. Ternampak je set WindMill biru dalam album kenalan pml hati ibu dah terpikat.. Set ni mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak di rumah rumah arwah wan (panggilan orang Pahang bagi nenek). Seingat ibu, coraknya tidaklah sama 100% tetapi corak bunga di tepi piring tu benar2 menggamit nostalgia.

Ibu nak cerita sikit pasal misi ibu menghimpunkan kaum kerabat WindMill biru ni. Seperti yang ibu beritahu tadi, WM ni bukanlah dalam kategori PML. Jadi, usaha ibu menghimpunkan kaum kerabatnya tidaklah segetir mengumpul set2 pml.

6 biji cawan tanpa piring & sebiji creamer drp LC (Lemari Cantique) manakala tureen gedabak ni drp Roscobbage Mak Jah


2 biji sugarpot drp En. Sharifuddin Mahmood dan pinggan 12", 10" & 8" serta OP 14" drp Muslida.. 

Teko drp Wan Lemari Cantique

Mangkuk 6" drp Muslida

Set pitcher juga drp Muslida

Akhirnya....

berkumpullah set WindMill biru ni di teratak comel ibu. Terima kasih buat kenalan yg dah banyak membantu merealisasikan keinginan ibu...

Misi belum selesai sebenarnya..

Ibu masih mencari pasangan untuk 6 biji cawan tu..


Rabu, 28 Disember 2011

GEYLANG-SHOP DECEMBER GIVEAWAY

Jom join GA

Dengan sukacita dan rasa teruja, ibu nak umumkan yang hari ni ibu nak join GA anjuran Geylang Shop.

 

Klik gambar untuk sertai

GA ni dianjurkan untuk menghargai semua pelanggan dan bakal pelanggan Geylang Shop. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi kerana GA ni akan tamat pada 31 Disember 2011.

Ibu tak nak cerita tentang pengalaman membeli belah secara online kerana ibu pernah buat entry tentang pengalaman tersebut di SINI dan di SINI.

Mengapa ibu suka kain?

Sebenarnya, ibu terlibat secara langsung dalam perniagaan online sejak awal tahun ni. Ibu menjual hasil jahitan ibu yang berkonsep inggeris seperti cushion cover, hanging pillow, throw pillow, table cloth, table runner dan lain-lain lagi melalui blogshop TERATAK IMPIAN.

Semua produk yang ibu hasilkan menggunakan kain cotton samada japanese cotton, english cotton mahupun heavy cotton. Ibu juga suka berkreativiti menggunakan bahan asas kain ni dengan mencari ilham di blog-blog minah salleh. Inilah sebab utama mengapa ibu sukakan kain terutama kain cotton.

Mengapa ibu nak kain cotton polka dots ni? 

Ibu dah hasilkan beberapa rekaan cushion cover, hanging pillow dan throw pillow menggunakan kain cotton polka dots. Walau bagaimanapun, ibu menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan kain cotton polka dots ni. Kain-kain polka dots yang dijual di tempat ibu adalah daripada kain cotton biasa yang rendah kualitinya. 

Jika ibu menang hadiah kain cotton polka dot ni, sudah tentu ibu akan buat alas meja bulat, cushion cover, hanging pillow dan stoking hiasan sedondon menggunkan kain tersebut untuk koleksi peribadi. Sebelum ni ibu tak dapat buat koleksi peribadi sebab bekalan kain yang sering tidak mencukupi.

4m kain cotton polka dots ni tidak memungkinkan ibu menggunakannya untuk membuat baju kerana ibu memerlukan 4 1/4m untuk sepasang baju. (terlebih tinggi.. hehe)

Ok kawan-kawan.. 
mari kita sama-sama memeriahkan GA ni.

Melalui kesempatan ini, ibu ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Geylang Shop. Moga perniagaan mereka berkembang maju. 




Isnin, 26 Disember 2011

Takwim Persekolahan 2012

Sekejap benar masa berlalu. Tinggal beberapa hari saja lagi sekolah akan dibuka semula. Bagaimana dengan persiapan anak-anak? Bagi ibu, masih ada yang belum beres. Di sini ingin ibu kongsikan Takwim Persekolahan 2012.



Dengan adanya takwim ini, mudahlah nak buat perancangan untuk tahun depan. Mana-mana perancangan tahun ini yang tak dapat dilaksanakan tu bolehlah  dibawa ke tahun hadapan.. 



Ahad, 25 Disember 2011

Tragedi Rose Hijau

Hari ni ibu nak kongsi satu lagi pengalaman berkaitan pembelian di alam maya. Kali ni cerita tentang pembelian teko porselin antik. Ibu bukanlah seperti pengumpul² pinggan mangkuk lama yang hunting ke sana-sini untuk mendapatkan barangan. Ibu lebih banyak hunting secara online je.

Pertama kali beli pml online ni, ibu beli tiga biji teko aladdin iaitu sakura, rose hijau dan bunga kangkung. Semasa buka kotak, hati dah berdebar-debar sebab terdengar bunyi sesuatu yang memang menakutkan dari dalam kotak.

Apabila kotak terbuka memang sudah terang lagi bersuluh, isi di dalamnya dah berderai. 



Sayangkan?? kalau teko bulat taklah hati ibu ni terkilan sangat.  Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki ibu. Disebabkan sayang dan nak kurangkan rasa terkilan, ibu gamkan teko tu. 

Hasilnya..

Bolehlah sekadar buat tayangan perdana dalam lemari.

Sejak itu, tawar hati untuk mengumpul keluarga rose hijau biarpun sebelum ini keinginan membuak².


Sabtu, 24 Disember 2011

Shopping di Alam Maya

Kekangan masa menyebabkan ibu lebih banyak membeli secara online terutama material untuk produk jahitan bagi Teratak Impian. Lagipun lebih mudah memilih barangan di alam maya kerana pilihan tak banyak hingga menjadi kita rambang mata. Terbaru, ibu beli beberapa design kain dalam jumlah yang agak besar. 

Kecewanya apabila salah satu design kain tidak cukup ukuran. Ibu maklumkan kepada seller tapi menurutnya, kain itu memang dibekalkan dalam pack mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Jadi, yang salah bukan dia, tapi pembekal. 

Bukanlah ibu bersungguh² untuk meminta baki kain yang tidak cukup tapi hanya ingin memaklumkan saja supaya tak ada customer yang terkena macam ibu selepas ini.

Apa-apa pun, kejadian ini tidak akan menjadi penghalang untuk ibu terus membeli-belah secara online kerana bagi ibu banyak juga kelebihannya. Harap-harap inilah kali pertama dan terakhir ibu 'terkena'.

Bagi ibu dalam apa² jua urusan syarat penting adalah kejujuran. Peniaga jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang pelanggan berikan semata² untuk mengaut keuntungan. Kepuasan pelanggan perlu diutamakan supaya rezeki berpanjangan.



Jumaat, 23 Disember 2011

Cikgu Juga yang Salah..

Kejadian beberapa hari lepas memang mengecewakan ibu. Panggilan daripada GPK Hem memaklumkan seorang murid ibu datang ke sekolah minta buku Rekod Kesihatan. Katanya dia tak dapat RK tu. Ibu tak puas hati sebab ibu dah serahkan semua dokumen sebelum cuti.. Setelah disiasat, barulah dia mengaku bahawa fail peribadi yang berisi RK tu dibawa semasa menghadiri temuduga SBP.. Dah balik ke rumah tengok dalam fail, RK tu tak ada.

Masa tu macam-macam perasaan timbul.. marah.. geram.. sedih.. kecewa. Murid yang bijak pandai boleh buat macam tu. Nada suara ibu pun agak tinggi masa bercakap dengan GPK. *Ibu geram sebab mulanya GPK pun menyangka yang ibu tak serahkan RK tu.

Ibu bukan saja-saja marah.. Kalau beritahu awal-awal yang RK tu hilang dalam simpanan, senang cerita. Ini siap minta semula seolah-olah ibu yang cuai - tak jalankan tugas seperti yang sepatutnya.. 
buku rekod kesihatan 

Rekod Kesihatan Murid yang buat ibu naik angin.


Khamis, 22 Disember 2011

OzzieThingsAndStuff GiveAway

 

Ketika bw hari ni, ibu terjumpa blog OzzieThingsAndStuff yang telah melancarkan GiveAway yang ibu rasa mudah untuk disertai terutama oleh blogger baru seperti ibu. OzzieThingsAndStuff ni merupakan sebuah blogshop yang menjual buku resepi dan silicone bakeware.

Bagi yang ingin turut serta, sila klik banner atau sini


Jom kita sama-sama memeriahkan GA ni. 


Moga pemilik OzzieThingsAndStuff sentiasa dimurahkan rezeki dan biz yang diusahakan akan berkembang maju.




Selasa, 20 Disember 2011

Pesanan Buat Isteri

Jika semalam kita berkongsi tips khusus buat para suami atau bakal suami untuk membina rumah tangga bahagia, hari ini kita berkongsi pula tips buat kaum hawa yang bakal dan sedang bergelar isteri.

Mari kita hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah.  Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.”

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia. Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.


P/s: Bersama-samalah kita hayati pesanan ini.. 




Isnin, 19 Disember 2011

Pesanan Buat Suami

Hari ni, ibu ingin berkongsi sesuatu dengan pengunjung blog ibu yang masih baru ni. Tips daripada Dato' Dr Fadzilah Kamsah ini khusus buat para suami atau bakal suami untuk membina rumah tangga bahagia. 

23 tips yang diberikan ialah: 

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 

2. Semasa isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing & berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang; bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

 17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. 

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"  

Marilah kita sama-sama amalkan demi mewujudkan dan memelihara hubungan mesra antara suami isteri seterusnya membina keluarga bahagia..




Ahad, 18 Disember 2011

Durian Belanda Penawar Kanser?

Baru-baru ini ibu terbaca artikel tentang khasiat durian belanda yang dikatakan boleh merawat penyakit kanser dan jauh lebih berkesan berbanding rawatan kemoterapi. 

Bagi yang sebaya dengan ibu rasanya tiada masalah untuk mengenali buah tersebut. Walau bagaimanapun bagi generasi muda, ibu percaya tidak semua mengenali buah ini. Jika dulu, pokok durian belanda ditanam di tepi atau belakang rumah tetapi kini tidak lagi. Sedangkan di kampung-kampung sukar untuk menemukan pokok durian belanda ini, apatah lagi di bandar-bandar. 

Durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata L  berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan (bukan dari Belanda tau!!). Kulitnya berduri lembut dan tidak berbau manakala isinya pula berwarna putih. Rasanya masam-masam manis dan boleh dimakan atau dibuat jus. Dari aspek pemakanan, buah ini tinggi kandungan karbohidrat, terutamanya fruktosa. Buah ini juga mengandungi sejumlah besar vitamin C, B1, dan B2.

 

Buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor atau kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 
Hasil penyelidikan membuktikan pohon dan buah durian belanda ini dapat menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi tanpa rasa mual, berat badan turun dan rambut gugur seperti yang terjadi pada terapi kemo serta melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan. 

Hasil uji kaji, didapati ekstrak (sari) buah ini berkesan memilih dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser seperti kanser usus besar, payu dara dan prostat. Selain itu, ekstrak buah durian belanda ini juga 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambat pertumbuhan sel kanser berbanding adriamycin dan kemoterapi. Ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan memusnahkan sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang  sihat seperti kemoterapi. 

Rupa-rupanya pokok dan buah durian belanda ni mengandungi banyak khasiat .. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang khasiat durian belanda ni boleh tengok di sini dan di sini juga.

Lepas ni bolehlah tanam pokok durian belanda di belakang rumah ye.. Ibu tumpang tengok je sebab belakang rumah ibu takde tanah..hehe


Jumaat, 16 Disember 2011

Mengapa Disember?

Iniah soalan yang Faiq kerap tanyakan ibu. Nak tahu mengapa? Tentulah kes tak sabar nak sambut hari lahir. Katanya kawan-kawan lain sambut hari lahir di sekolah tapi dia hanya menyambutnya di rumah saje. Maklumlah, Disember kan cuti sekolah. Tahun ini ibu tak dengar dah soalan tu. Faiq dah faham, maklumlah dah 8 tahun.

 
Inilah Faiq, permata hati kelima ibu dan ayah

 
Anak tunggal ibu dan ayah yang lahir di Pahang.

Ada gaya ustaz tak?
Bujang ibu yang sorang ni bercita-cita nak jadi ustaz.


Begitu cepat masa berlalu. Hari ini Faiq genap 8 tahun. 

Selamat hari lahir buat Faiq. Ibu dan ayah sentiasa doakan Faiq menjadi anak soleh yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.




Rabu, 14 Disember 2011

Harapan dan Impian






Selasa, 13 Disember 2011

Teratak Impian



Ibu nak cerita sikit tentang blog pertama ibu, Teratak Impian yang baru setahun jagung.. Teratak Impian yang lahir pada Februari 2011 asalnya menjadi laman perkongsian minat dalam hiasan ala inggeris. Namun, tidak lama kemudian, ibu mula mempromosikan hasil jahitan ibu seperti cushion cover, hanging pillow, throw pillow, stoking hiasan dan lain-lain lagi di laman tersebut.

Kalau ada yang berminat untuk melihat hasil kreativiti ibu yang tidak seberapa tu, boleh klik di sini.



Isnin, 12 Disember 2011

12 tahun sudah..

Hari ini genaplah 12 tahun usia permata hati ibu, Muhammad Faiz Izzuddin yang juga merupakan putera sulung ibu dan ayah. Masih ibu ingat masa Faiz kecik dulu. Ibu dan ayah cukup berjaga² dengan Faiz kerana kami bimbang dia bersifat keperempuanan. Maklumlah, setiap hari bertemankan tiga orang kakaknya. Permainan budak² perempuan macam anak patung dan peralatan masak² memang dia tak boleh sentuh langsung. Bila difikirkan balik, teruknya ibu dan ayah kan..
 
Faiz semasa berusia 3 bulan, 3 tahun dan 5 tahun

Faiz ketika mengetuai bacaan ikrar pada majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah

Faiz yang turut memegang jawatan pengerusi Kelab Kebudayaan di sekolah juga telah beberapa kali mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan.  

 
Faiz (kanan) ketika mewakili sekolah dalam Festival Nasyid peringkat daerah Jerantut

Mewakili daerah Jerantut ke Festival Nasyid peringkat negeri Pahang

Johan pertandingan Lagu Patriotik KKRT daerah Jerantut
Faiz bersama guru-guru dan rakan-rakan selepas mengadakan persembahan pada Malam Jasamu Dikenang sempena majlis persaraan Pengarah Pelajaran Pahang.

Selamat Hari Lahir buat Abang! 

Moga abang menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.
 Kami sayang Abang.



COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA