Isnin, 15 April 2013

Rahsia Alam: Ulam-ulaman

[Google image]

Ulam merupakan sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Biasanya ulam dicecah dengan sambal, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. 

Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.

Antara ulam-ulaman yang popular ialah pucuk betik, pucuk gajus, pucuk mengkudu, pucuk ubi kayu, pucuk paku, pegaga, ulam raja, tapak itik, daun selom, daun kesum, cekur manis, kaduk, rebung,  petai, jering, kerdas, kacang botor, buah nangka mudajantung pisang, dan terung pipit.
 
Ulam mempunyai khasiat yang tinggi baik dari segi pemakanan, perubatan mahupun kecantikan. Kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba kerana kebanyakan ulam dimakan mentah atau sekadar dicelur seketika. Selain itu, ulam juga membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia.

Jadi, tidak hairanlah ulam-ulaman yang dahulunya hanya terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung, kini semakin digemari oleh warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.

Memandangkan khasiatnya yang tinggi, maka seboleh-bolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan. Para petani perlu memainkan peranan penting dengan menanam pokok-pokok ulam secara komersial. Kita sendiri boleh menanamnya di sekitar rumah.


11 ulasan:

  1. suka mkn ulam...klu xde ulam xselera nak mkn nasi..huhu

    BalasPadam
  2. Sal, Saya suka timun, kacang botor, pucuk ubi dan tenggek burung sebagai ulam.

    BalasPadam
  3. sy suka sgt ulam! mkn ngn budu atau smbl belacan...mengancam!! :D

    BalasPadam
  4. Yah peminat ulam...kak mie pn sama kan...????

    BalasPadam
  5. kata org makan ulam ulaman ni boleh awet muda.sy makan ulam pilih2 juga,tak semua..:)

    BalasPadam
  6. Kak Salmi,bagi jek ulam apa kat Deena..mmg suka sgt mkn ulam..hehee..esp petai,jering,serai kayu,peria..tp mesti ada samballa..baru umph!!

    BalasPadam
  7. Dulu masa zaman sekolah tak suka sangat ulam2, sekarang ummi suka juga terutama kalau ada sambal belacan.

    BalasPadam
  8. salam ..terima kasih pernah singgah blog saya.:)) wah ulaman..i likeee! suka sgt dengan ulam

    BalasPadam
  9. salam perkenalan.

    Saya pon suka sangat makan ulam, lebih suka dari makan sayur yg digoreng dan dimasak. ulam lebih fresh!

    http://semuasihatselalu.blogspot.com

    BalasPadam
  10. byk khasiat ulam ni...cuma sy tak berapa gemar....hehe

    BalasPadam
  11. suka sangat makan ulam, takder2 pun timun pun jadi..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA