Khamis, 6 Jun 2013

Salam Israk Mikraj 1434 Hijrah

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Isra': 1)

Memperingati peristiwa Isra’ Mikraj bererti memperingati perjuangan Rasulullah SAW. Sirah atau perjalanan hidup Rasulullah SAW ini merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada umat Islam untuk melaksanakan misi yang telah diwariskan kepada mereka iaitu menyeru kepada al-khair (Islam), menyuruh kepada ma'ruf dan menjauhi kemungkaran.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang penuh pengajaran ini seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Sekiranya peristiwa ini benar-benar dipelajari dan dihayati, Insyaallah kita mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan pelbagai kejahatan.

Salam Israk Mikraj 1434 Hijrah


8 ulasan:

  1. Salam Israk Mikraj, smaa2 kita hayatinya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Maria. Sama-samalah kita ambil iktibar daripada peristiwa ini.

      Padam
  2. Assalam dan selamat menyambut Isra' Mikraj.....semoga kita sama-sama beroleh ketenangan dan manfaat..... :)

    BalasPadam
  3. banyak pengajaran daripada peristiwa israj mikraj yg perlu dihayati..
    moga kita sentiasa menjadi hamba yg bersyukur dan didorongkan utk memperbaiki ukhwah denganNya dari masa ke semasa..amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal.. Sama-sama kita hayati dan jadikan peristiwa ini sebagai panduan menjalani kehidupan yang sementara ini..

      Padam
  4. banyak kisah yg boleh dijadikan ikhtibar utk menguatkan amalan kita.....inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Yah. Sama-samalah kita hayati..

      Padam
  5. salam israk mikraj...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA