Segmen pertama yang ibu sertai setelah menyepi sekian lama. Teringin nak tahu apakah komen Sheila tentang blog ibu ini nanti. Terima kasih Sheila atas undangan,
Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat
itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah
sebisa mungkin". (HR Thabrani). Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan
akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara
azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan
jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat,
dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata
kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!", sehingga
orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat". (HR Bukhari)
Abu Hurairah r.a berkata, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
"Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk
menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah
kerjakan. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah
dia sujud dua kali (sujud sahwi)." (HR Bukhari dan Muslim)