▼
Rabu, 30 April 2014
Khamis, 24 April 2014
Jom Membaca untuk 10 Minit
Pada tahun ini bersempena
dengan Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, program JOM BACA BERSAMA
UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES telah diadakan di
seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia.
Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat yang membudayakan tabiat membaca. Pada tahun ini, kesemua perpustakaan awam negeri melaksanakan program ini secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama, iaitu pada 22 April 2014 pada jam 10.00 hingga 10.10 pagi.
Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu, ibu dipertanggungjawabkan untuk memastikan program yang dijalankan di sekolah ibu berjalan lancar dan menghantar bukti pelaksanaan berupa foto ke perpustakaan awam daerah melalui e-mel atau whatsapp.
Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkam semasa program berlangsung di Sekolah Kebangsaan Temin, Jerantut, Pahang.
Moga pelaksanaan program ini dapat
memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia umumnya dan murid-murid khususnya sekaligus menjadikan perpustakaan
awam negeri-negeri seluruh Malaysia relevan dalam masyarakat.
Rabu, 23 April 2014
Isnin, 21 April 2014
Pentas Karnival Dakwah 2014
Tahun ini, sekolah ibu menjadi tuan rumah bagi Karnival Dakwah (sebelum ini dikenali dengan Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah Jerantut. Majlis berlangsung pada hari Khamis, 3 April 2014.
Bagi program ini, kami perlu menyediakan lima venue bagi tujuh pertandingan yang melibatkan sekolah rendah dan menengah. Antara pertandingan tersebut ialah pertandingan bercerita, syarahan, tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, tulisan jawi dan nasyid.
Kali ini ibu mengetuai jawatankuasa persiapan pentas bagi pertandingan bercerita dan pertandingan nasyid yang juga dijadikan venue bagi majlis perasmian penutup. Hiasan pentas berjaya disiapkan dalam tempoh dua hari memandangkan kerja-kerja menghias hanya dilakukan selepas waktu mengajar.
Syukur Alhamdulillah, ibu dibantu oleh rakan-rakan guru yang amat kreatif.
Inilah hasilnya setelah bertungkus-lumus selama dua hari.
Faiz turut menyertai Karnival Dakwah kali ini. Setelah empat kali menyertai Karnival Dakwah, dapat juga anak ibu bertanding di atas pentas yang dihias oleh ibu sendiri.
Khamis, 17 April 2014
Senja nan Indah di Pantai Puteri
Keindahan panorama senja
tatkala mentari melabuhkan tirainya.
tatkala mentari melabuhkan tirainya.
Panorama senja memang tidak pernah habis untuk dibicarakan, dilukiskan, mahupun diabadikan dalam sebuah foto. Senja menghadirkan warna-warni yang cantik, sayang sekali andai tidak diabadikan. Semasa Bertamu di Melaka baru-baru ini, ibu sempat merakamkan Panorama Senja di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.
Inilah pertama kali kami sampai ke pantai ini. Pantai Puteri yang sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu ini terletak di Tanjung Kling. Pantai ini berada di daerah Melaka Tengah, berdekatan dengan Pantai Klebang dan kira kira 10 kilometer dari Bandar Melaka.
Keadaan pantai ini amat bersih dengan pokok rhu yang memenuhi sebahagian pantai dan selebihnya diliputi pasir. Selain sesuai untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda, pantai ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan kerana beberapa kemudahan seperti tandas awam turut disediakan. Selain itu, pantai ini juga popular dalam kalangan kaki pancing malah menjadi salah satu lokasi GP Joran. Keadaan Pantai Puteri yang memanjang memang amat sesuai untuk dijadikan lokasi memancing pantai. Di sepanjang pantai ini juga terdapat beberapa pondok menyimpan bot dan deretan kedai menjual ikan.
Marilah sama-sama kita nikmati keindahan Panorama Senja di Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka.