Jumaat, 1 Januari 2016

Selamat Datang 2016


1.1.2016 | Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, inilah entri pertama bagi tahun 2016. Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana aku masih bernafas dan dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan-Mu ini. Harapanku agar aku menjadi insan yang lebih baik dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta, saudara mara, teman² dan kucing² kesayangan. 

Untuk semua rakan blogger, ibu ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Moga persahabatan maya ini berkekalan dan berpanjangan.

Selamat Tahun Baru 2016
Selamat tinggal kenangan
Selamat datang harapan.