Jumaat, 16 Disember 2011

Mengapa Disember?

Iniah soalan yang Faiq kerap tanyakan ibu. Nak tahu mengapa? Tentulah kes tak sabar nak sambut hari lahir. Katanya kawan-kawan lain sambut hari lahir di sekolah tapi dia hanya menyambutnya di rumah saje. Maklumlah, Disember kan cuti sekolah. Tahun ini ibu tak dengar dah soalan tu. Faiq dah faham, maklumlah dah 8 tahun.

 
Inilah Faiq, permata hati kelima ibu dan ayah

 
Anak tunggal ibu dan ayah yang lahir di Pahang.

Ada gaya ustaz tak?
Bujang ibu yang sorang ni bercita-cita nak jadi ustaz.


Begitu cepat masa berlalu. Hari ini Faiq genap 8 tahun. 

Selamat hari lahir buat Faiq. Ibu dan ayah sentiasa doakan Faiq menjadi anak soleh yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


2 ulasan:

  1. salam kak salmi...

    tetiba baca n3 ni sya senyum sendiri...sebab rasa sejuk je tengok gambar faiq dari baby sampai besar...terbayang wajah2 anak2 sya bila dorang besaq nanti...:)

    BalasPadam
  2. Wslm Sya..
    Kalau tgk gambar anak2 masa kecik terasa begitu cepat masa berlalu.. Rasa cepatnya diorang membesar.. Kadang2 rindu pada kenangan masa diorang kecik2 dulu.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.