Rabu, 11 Januari 2012

Alahai Anak Ibu

Faiq oh Faiq!!

Ptg tadi adik ibu call dan beritahu hari ni Faiq dimarahi cikgu sebab tak siap kerja sekolah. Terkejut juga ibu sebab semalam dia tidur agak lewat menyiapkan kerja-kerja sekolahnya. Ibu ingatkan semuanya dah beres.

Balik je dari sekolah agama, ibu terus tanya tuan punya badan.  Dengan muka selamba sambil senyum-senyum katanya, "Faiq tak sempat salin dari papan tulis". Geramnyaaaaaaa ibu. Di sekolah ibu marahkan murid-murid ibu yang tak siapkan kerja rumah. Rupa-rupanya anak ibu pun sama. Cuma bezanya, murid-murid ibu tu dah tahun 6. Tahun ni bakal ambik UPSR..

Tahun lepas inilah juga masalah Faiq. Beberapa kali Faiq tak siap kerja yang memerlukan dia menyalin dari papan tulis. Kata guru-guru yang mengajar, Faiq terlalu berhati-hati semasa menulis sebab nakkan tulisan yang cantik dan kemas. Dah beberapa kali ibu dan ayah nasihatkan Faiq supaya buat kerja lebih pantas tapi nampaknya tak berkesan.

Sebenarnya, bukan kali pertama ibu berdepan dengan masalah ni. Faiz pun ada masalah yang sama sebelum ni. Walau bagaimanapun, alhamdulillah akhirnya berjaya diatasi. Harap-harap Faiq pun macam tu.

Inilah tulisan Faiq *yang kononnya cantik dan kemas tu.

P/s: Anak-anak ibu tak bersekolah di sekolah tempat ibu mengajar, sebaliknya satu sekolah dengan adik ibu.

5 ulasan:

  1. ingatkan farouk je alami masalah yg sama dgn faiq..asyik ada je kerja yang tak siap....geram yah tgkkan..asyik nk kena bebel je...ttp tulisan faiq cantik brbanding farouk yg "comot" tu...hu.hu.hu....

    BalasPadam
  2. Yah, ada geng la Faiq rupanya.. memang geram.. Dia blh buat muka selamba je kalau ditanya.. Nasib baik ada anak buah yg satu kelas dgn dia selalu buat aduan

    BalasPadam
  3. BSB: cantik tapi lambat.. tu yg buat dia selalu tak siap kerja
    Ros: Terima kasih sudi follow

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama30 Jun, 2012

    Masa ni la nak bagi Ummi peningkan, Faiq.He3..Kadang kala tukang report pun supa gak ngan Faiq tu.Tapi seronok anak sedara nak sekolah skali ngan Umminye..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.