Ahad, 1 Januari 2012

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi


Peribahasa Harapkan pagar, pagar makan padi telah lama kita gunakan. Selama ini tak pernah ada sesiapa yang mempersoalkan mengapa pagar makan padi termasuklah ibu sendiri. Memang dah menjadi budaya kita agaknya. Terima saja bulat-bulat sesuatu yang menjadi warisan tanpa banyak soal.

Rupa-rupanya yang makan padi tu bukanlah pagar tetapi pegar - sejenis burung yang makan haiwan perosak tanaman padi. Kesilapan telah terjadi apabila berlakunya terjemahan daripada tulisan jawi ke rumi. Jadi, peribahasa yang sebenarnya ialah Harapkan pegar, pegar makan padi

 Burung pegar betina

Burung pegar jantan dengan warna yang lebih menarik
[Foto: google.com]

Walau bagaimanapun, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Dewan Bahasa dan Pustaka, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. 

Menurut PRPM lagi, peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. [sumber]



2 ulasan:

  1. kisahnya..kalau tak baca n3 k.mie smpai hari nie dok buat kesilapan....

    BalasPadam
  2. Berkongsi ilmu Yah. Akak pun baru tahu.. Rupa-rupanya selama ni buat ajaran sesat kat anak2 murid..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.