Isnin, 23 Januari 2012

Sayang-sayang Buah Kepayang

Tentu rakan2 ibu pernah dengar kiasan “Sayang-sayang buah kepayang, ditelan mabuk, dibuang sayang”. Kebiasaannya, kiasan ni ditujukan buat insan2 yang sedang mabuk bercinta. Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. Itulah maksud sebenar kiasan tersebut.

Sebenarnya, ibu bukanlah nak mengupas maksud kiasan ni, tapi nak bercerita pasal buah kepayang. Buah kepayang atau nama saintifiknya Pangium Edule memang memabukkan dan rasanya pahit. Walau bagaimanapun jika diproses dengan cara yang betul, rasanya memang sedap tau. Maklumat lanjut tentang buah kepayang ada di sini.

Semasa ke rumah mak semalam, ibu berpeluang makan buah kepayang. Inilah rupanya.. 
Nak dapat rupa macam ni dan sedap pulak dimakan, buah kepayang perlu melalui beberapa proses. Ini yang ibu makan semalam. Beli yang dah siap diproses dan digaul dengan garam & kunyit.


Ibu cuba cari maklumat tentang buah kepayang. Inilah yang ibu blh kongsikan dgn rakan2.
Inilah rupa sebenar buah kepayang Macam buah nangka, di dalam buah ni terdapat bijinya. (sumber)

 
Biji buah kepayang inilah yang diproses untuk dimakan atau untuk tujuan perubatan (sumber)

Inilah rupa buah kepayang yang telah diproses (sumber)
Kalau nak tau cara memproses buah kepayang, klik sini.

Selain boleh dimakan, buah kepayang juga banyak khasiatnya. Nak tau apa khasiatnya? Ada di sini

Ps: Ibu orang kampung. Jadi, selera ibu memang selera kampung. Suka dengan makanan dan buah-buahan yang kini semakin jarang ditemui.

8 ulasan:

  1. oo baru tau macam mana rupanya..sy tak pernah makan buah kepayang nie.kesian kan..hehe

    BalasPadam
  2. PK: Saya suka sangat makan buah kepayang ni. Rangup & lemak2 gitu..

    BalasPadam
  3. a'a saya pun x penah makan @ tengok pun buah ni akak..kira ok la akak share kat sini..boleh jugak kami x yang x penah kenal buah ni jd kenal kan...

    BalasPadam
  4. Arena.. kalau cuba ,akan pasti suka. dasanya sedap.. selain makan begitu je, ada juga yg buat sambal dan jadikan bahan masakan..

    BalasPadam
  5. mmg biasa ubat ni pahit,,

    BalasPadam
  6. ohhh..x prnh dgr pn psl buah ni..
    nk try jgk la nnt,.hehehe :))

    BalasPadam
  7. Terima kasih kerana follow IM.

    Kampung IM namanya Kampung Kepayang tapi selama membesar di sana tak pernah jumpalahbuah Kepayang ni!

    Ha..Ha..

    BalasPadam
  8. Ms kecik2 dulu selalu mkn. Nenek saya jeruk kan. Arwah aki msih ada lg ms tu, blh la ke hutan mncari. Skrg kalau blk Raub pon susah nk jmpa da.. Terliur plk bla tgok gmbr di sini.

    * kongsilah kat mana nk beli jeruk ni.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.