Rabu, 4 Januari 2012

Sesi Balut Buku ..


Hari ni Faiz memulakan langkah di sekolah menengah. Faiz bersekolah di sekolah yang sama dengan Ude. Awal-awal lagi Faiz dah merayu dengan ibu dan ayah untuk tidak menghantarnya ke sekolah berasrama. Jadi, duduklah Faiz di bawah ketiak ibu, sama macam Along, Angah dan Ude.

Kes Ude 5 tahun lepas lagi parah. Dah dapat tawaran ke SBPI tapi tak nak pergi. Sudahnya, orang lain dah hampir sebulan belajar, Ude masih di rumah. Terpaksa menunggu rayuan untuk ke sekolah tempat dia belajar sekarang. Memang pelik anak-anak ibu ni.. Lucu pun ada. Orang lain merayu untuk ke sekolah gemilang dan terbilang, anak ibu pulak menolak tawaran tersebut, sebaliknya merayu untuk ke sekolah biasa-biasa je. Dalam hal ni, ibu dan ayah tak nak memaksa. Along, Angah dan Ude pun dah buktikan bahawa kejayaan boleh digapai di mana-mana sahaja asalkan ada usaha.

Opss.. dah lari topik ni.. Berbalik kepada tajuk entri, hari ni Faiz dengan rela tanpa dipaksa menyampul buku-bukunya sendiri. Sebelum² ini, kerja membalut buku ni adalah kerja ayah. Terkesan agaknya dengan pesanan ayahanda pengetuanya di majlis menyambut pelajar baru, semalam yang meminta agar pelajar tingkatan satu belajar hidup berdikari.

Jom.. layan gambar² Faiz membalut buku-bukunya.






Boleh dah ayah bersara daripada menyampul buku. Buku² Faiq boleh suruh Faiz aje yang sampulkan.  Alhamdulillah, boleh berdikari dah anak bujang ibu ni.


7 ulasan:

  1. Alahai.. rajinnya anak bujang akak. Anak bujang sy kecik lagi kalau disuruh buat sendiri pun belum pandai lg. Hihi..

    BalasPadam
  2. Sebelum ni kita juga yg manja-manjakan sangat. Alasannya kesian. Dah sek men ni kena lah berdikari. Anak bujang Zefa baru tahun 2. Kecik lagi tu..

    BalasPadam
  3. anak2 k.mie sama dgn 3 farah tu..ketiga2 dpt twran ke sk brasrama penuh ttp semua xnk pergi..angah dpt lagi twran masa ke form 4 di MRSM bakri n Maahad pn xnak....last2 dok la bawah ketiak ibu n ayah...xpelh, kt mana2 pn samakan........

    rajinnya abg faiz....boleh buat menantu nie...he.he.he...

    BalasPadam
  4. Salam kenal..ummi datang dari blog NzA, nak berkenalan dengan kembarnya..hehe.

    BalasPadam
  5. salam kenal juga kak mie. izan singgah dari blog kak nza.

    baguslah abg faiz rajin balut buku sekolah sendiri. sekolah di mana2 pun sama je kan kak... insyaAllah, semoga faiz terus berjaya dalam pelajaran!

    BalasPadam
  6. Ummiross: Salam perkenalan.. Kami ni mmg byk persamaan.. Yah lupa tulis kot.. masa tu kami juga bergilir-gilir cuti bersalin.. hihi

    BalasPadam
  7. ha.ha.ha...lupa nk tulis ttg tu k.mie...kita gilir2 cuti....he.he.he...itu pn prsamaan kita....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.