Khamis, 9 Februari 2012

2 bulan 1 hari


Semalam, tiada coretan baru di blog ini lantaran kesibukan yang tidak berkesudahan. Buat rakan-rakan yang sudi singgah dan meninggalkan komen terima kasih ibu ucapkan. Maaf dari ibu kerana tidak berkesempatan membalas kunjungan. Insyaallah, andai masa mengizinkan, akan ibu ziarahi blog kalian.

Berbalik kepada tajuk entry, tentu ada yang tertanya-tanya. Apa yang 2 bulan 1 hari tu? Ibu mengandung ke? Anak ke berapa? Oh, tidak!! Jangan ditanya soalan itu.. (nanti ibu terperasan muda pulak) Bagi yang baru mengenali ibu, sebenarnya usia ibu untuk mengandung terlebih sudah. Berilah peluang tu pada rakan2 yang lebih muda.


Sebenarnya,  2 bulan 1 hari tu adalah usia blog kesayangan ibu ni; Ibu Berbicara.



Pantas benar masa berlalu ye.. Rasa baru semalam je kita berkenalan di alam maya ini. Namun, melalui kunjungan dan bicara rakan-rakan, terasa kemesraan antara kita bagai dah lama terjalin.


Hari ini, rakan maya ibu mencecah 40 orang (Apalah ibu ni kan? 40 orang pun nak bangga.. orang lain dah mencecah 400, malah ada yang melebihi 4000 tak bisingpun) Bagi ibu, angka 40 itu sudah memadai buat masa ini memandangkan ibu tak buat apa-apa promosi untuk blog ibu ni. Walau bagaimanapun, insyaallah ibu akan berbuat demikian tak lama lagi. Tungguuuuuuu...

Akhir bicara, ibu amat berharap agar jalinan persahabatan kita akan berpanjangan. Bagi ibu, perkenalan kita merupakan anugerah yang amat bernilai. Kemanisan hubungan ini kian terasa walau hanya di alam maya.

p/s: Salam sayang buat semua.

8 ulasan:

  1. salam ibu...hihihii..ingatkn td ibu pegnen lagik ke..bru nak ucap tahniah hehehe..apapun ana nak ucapkn tahniah jgk..yer la kn..dh dpt ramai kawan2 kat alam maya ni..hehehe...time ksh jgk sudi bkwn dan btukar2 cerita kn...beh dpt baca blog akak...teruskan yer...

    BalasPadam
  2. suspen je tgk tajuk entry tadi tu...

    tahniah buat kak mie... insyaAllah, moga ukhuwwaah di alam maya akan terus berkekalan hendaknya ye!

    BalasPadam
  3. semoga jalinan persahabatan alam maya ini berkekalan....

    BalasPadam
  4. semoga jalinan persahabatan alam maya ini berkekalan....

    BalasPadam
  5. baru 2 bln dah 40 org k.mie...itu dh cukup membanggakan.....Alhamdulillah, sgt2 gembira dpt mengenali rakan2 di alam maya krn mrk sering menemani kita tnpa mengira masa.........

    BalasPadam
  6. salam silaturrahim akak, js pun dh follow sini...thanks sudi singgah dan follow blog js.

    semoga silaturrahim secara maya ini akan berkekalan selamanya...insyaallah..

    ***hepi berblogging ye kak..kalau sudi jom tukar link dgn blog js...hehe

    BalasPadam
  7. (^__^) teruskan menulis.....

    BalasPadam
  8. salam perkenalan penuh kemanisan juga dr sy..teruskan berbicara..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.