Rabu, 22 Februari 2012

The Biggest Loser @ SK Temin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu ni giliran ibu bertugas bersama dua orang rakan guru. Nak jadikan cerita, ibu boleh tak perasan yang minggu ni ibu bertugas. Jadi, terpaksalah ibu mengendalikan perhimpunan mingguan tanpa apa-apa persediaan. Nasib baik jugalah topik “Sayangi Sekolah Anda”  yang perlu ibu sentuh agak mudah. Kalau tidak, mahu berpeluh sampai ke kaki.

Minggu ni Panitia PJK bersama Kelab Dr Muda melancarkan program “The Biggest Loser” sebagai menyahut seruan KPM untuk mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan pelajar (termasuk guru sekali sebenarnya tuuuu…)


Inilah banner bagi program tersebut.


Terlupa snap gambar semasa GB merasmikan program ni sebab sibuk atas pentas (Gelabah pun ye juga sebab tetiba je kena bertugas..)      

Sama macam program "The Biggest Loser" yang kita tonton kat tv tu, program ini mencari murid dan guru yang dapat mengurangkan peratusan berat badan tertinggi (macam tak kena je ayat ibu ni.. tapi fahamkan??) 

Petang tadi semasa aktiviti kokurikulum, aktiviti menyukat BMI (Indeks Jisim Tubuh) dijalankan. 

Dr Muda Nuwair & Dr Muda Alia sedang mengukur tinggi seorang rakan.


Berapa bacaannya, Dr Muda Naufal?



Dr Muda Indran & Dr Muda Farah belajar cara mengira BMI.

Murid-murid yang BMI mereka melebihi 23 diwajibkan menyertai program ini manakala guru-guru yang layak dipelawa untuk turut serta.

P/s: Disebabkan BMI ibu masih di tahap normal, maka ibu tak layak menyertai program ini (Wah, bangga gitu!!)

6 ulasan:

  1. minggu ni pn yah brtugas...haru sungguh cz trlupa gak.....hi.hi.hi..

    kakakku mantain ayu gitu....yah dh montel la....

    BalasPadam
  2. saya pun terlebih jugak...nak ikut program ni jugaklah...hehehe..

    BalasPadam
  3. Kebetulan lagi ye Yah..
    Memang haru.. selalunya cukup bersedia, tapi kali ni semuanya spontan je..
    Badan akak pun dah byk naiknya..
    Itu yang kena berjaga2, tambahan pulak mak & ayah ada darah tinggi & kencing manis..

    BalasPadam
  4. wow pandai cikgu jaga badan..sy tumpang bangga.hehe..

    BalasPadam
  5. Boleh MP, apa salahnya..

    BalasPadam
  6. salam..

    selalunya hari Jumaat hari last sekolah, GPK 1 dah bagitahu siapa yg akan bertugas pada minggu berikutnya..tapi kadang2 kita terlupa.tu biasalah...:selalu berlaku pada saya juga..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.