Isnin, 6 Februari 2012

Menabung Amalan Mulia

Mengira syiling 

Tajuk entry kali ni memang popular bagi murid2 ibu. Setiap tahun, Inilah antara tajuk karangan yang ibu ajar dan suruh murid2 ibu tuliskan. Kadang2 tajuk tu ibu ubah jadi “Kepentingan Menabung”, “Faedah2 Menabung” atau "Cara-cara Menabung". Bukanlah ibu nak mengajar menulis karangan dalam entry kali ni. hehe.. Kebetulan je entry ni berkaitan dgn amalan menabung. 

Sebenarnya, semalam ibu suruh Faiz & Faiq keluarkan dan kira semua duit dalam tabung. Sebelum ni, syiling dalam tabung ibu terus bawa ke Tabung Haji. Kali akhir ibu bawa adalah selepas Raya Puasa tahun lepas. Dah jadi kebiasaan, ibu simpan duit raya anak2 sekali dengan syiling tabungan diorang.

Disebabkan pelanggan agak ramai, lama jugalah  ibu menunggu giliran. Bila tiba di kaunter, frustnya ibu bila diberitahu yang mesin pengira syiling rosak. Jadi, terpaksalah ibu bawa balik syiling2 tu semula. Bimbang pisang berbuah dua kali, ibu tukarkan je syiling2 tu di kantin sekolah. Tapi kenalah kira dulu..

Bab mengira syiling ni takde masalah. Maklumlah, anak ramai..

 Inilah antara syiling daripada tabung 2F.  
Nampak tak banyak sebab tabungan selama 4 bulan je 
(mula menabung semula lepas raya puasa)

Yang dah dikira, ibu masukkan ke dalam plastik.

 Gigihnya tuan punya duit mengira hasil tabungan..
 
Sambil mengira, jenuh juga Faiq menjawab soalan matematik yang ibu ajukan. 
Nampak sikit je.. tapi bila dijumlahkan, semuanya RM145.00 
Cer teka.. Syiling siapa yang banyak?

Syiling Faiq lebih banyak sebab Faiq simpan banyak syiling berbanding Faiz yang simpan lebih banyak wang kertas.

Untuk tips mendidik anak mengenal tanggungjawab kewangan, sila klik sini.



5 ulasan:

  1. alhamdulillah kak...banyaknya syiling 2F tu! jenuh juga nak kira kan.

    izan pun kalau kira, terus je bawa pegi bank. mujur hubby punya kawan2. so tak perlu beratur panjang...

    BalasPadam
  2. Banyak tu..bagusnya bujang2 k.mie nie. Mmg anak2 kena didik sedari kecil utk berjimat cermat..yah n suami pun macam tu. Dan suami biasanya bagi motivasi dgn cara mengandakan setiap wang yg trkumpul....sbb tu bukan main gigih lagi anak2 menabung...he.he.he....

    BalasPadam
  3. menabung mmg satu cara mendidik anak tentang tanggungjawab kewangan.kt rumah pun sy ajar aiman menabung,

    kt tadika Aiman sehari sy bg seringgit,lepas tu duit tu bg pada cikgu utk simpan sebagai tabungan..nti hujung tahun cikgu pulangkan semula tabungan..selain boleh simpan,dpt gak meringankan kita utk belanja persekolahan tahun depan kan..

    BalasPadam
  4. menabung mmg satu cara mendidik anak tentang tanggungjawab kewangan.kt rumah pun sy ajar aiman menabung,

    kt tadika Aiman sehari sy bg seringgit,lepas tu duit tu bg pada cikgu utk simpan sebagai tabungan..nti hujung tahun cikgu pulangkan semula tabungan..selain boleh simpan,dpt gak meringankan kita utk belanja persekolahan tahun depan kan..

    BalasPadam
  5. banyaknya syiling akak...ok jgk kan..leh didik anak tuk simpan duit..slain tuh leh didik ibu nya sekali..hehehe...ana pun wat cara gini gak...syiling klu kasi simpan kan...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.