Isnin, 12 Mac 2012

Harga Sebuah Nyawa

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan. [sumber]

Begitu pilu hati ibu apabila membaca perkhabaran ini. Tidak dapat ibu bayangkan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga allahyarham. Anak yang dikandung 9 bulan dan 5 tahun membesar di depan mata pergi dalam keadaan yang amat menyedihkan; tidak tergambar dek fikiran yang waras. Takziah buat mereka. Moga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Dulu, kejadian sebegini hanya berlaku di negara-negara luar atau merupakan kisah dalam sebuah drama. Kini, kejadian sebegini berlaku di persekitaran kita, di negara yang tercinta ini. Bukan sekali, bukan dua kali malah telah berkali-kali. Begitu murahnya harga sebuah nyawa kini.

Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah..

4 ulasan:

  1. takziah utk keluarganya dan Al-Fatihah untk adik Nurul nadirah..

    BalasPadam
  2. sedih sgt baca kisah arwah dirang nie...sampai hati manusia yg brhati binatang ni.....

    Al-Fatihah....semoga nadirah bahagia di 'sana'.....

    BalasPadam
  3. salam ziarah,
    dunia dah akhir zaman...
    AL-FATIHAH untuk almarhum adu Nurul Nadirah.

    BalasPadam
  4. AlFatihah..tak terkata apa sbb sedih sgt dengan berita nie.Berat mata memandang, berat lg bahu memikul..:)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.