Khamis, 22 Mac 2012

Mengapa Ibu yang Menjadi Pilihan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Masa untuk bersantai-santai dan memanja-manjakan diri buat ibu dah berakhir Isnin lepas dengan berakhirnya cuti sekolah.  Kini, ibu kembali ke kehidupan biasa yang sentiasa dihimpit waktu.

Pagi Isnin ibu tiba di sekolah agak lewat. Sebaik ibu tiba di pejabat untuk mencatat kehadiran, locengpun berdering. Ibu segera ke bilik guru. Ketika itu, rakan-rakan guru dah bergerak ke tapak perhimpunan. Ibu terus ke meja yang dah lebih seminggu ibu tinggalkan.

Sampai  di meja, ibu tergamam seketika,
Di atas meja ada sesuatu yang tak dijangka,
Terkejutnya ibu tidak terkira,
Rasa macam bermimpi pun ye juga.

Cer teka, apa yang ada atas meja ibu? Tak sanggup ibu nak tulis kat sini sebenarnya. Tapi, kalau dah bercerita kena habiskan, bukan begitu? Ok, ibu beritahu kalian jangan ketawa ye.. 

Sebenarnya yang ada atas meja ibu tu t**i kucing. Jenuh juga ibu mengerjakan 'harta' tu. Banyak kali juga ibu termuntah sampai sakit dalam perut & tekak ibu. Dalam hati tertanya-tanya juga, mengapalah meja ibu yang jadi pilihan..

 

Inilah meja yang terpilih tu..

 

 

9 ulasan:

  1. aduh kak... saspen izan dibuatnya tadi. hmmm... izan pun skrf ni kalau nmpak t*h* or mu*ta* terus rasa kembang tekak ni hah....

    BalasPadam
  2. Ish2.. kucing sapa lahtu kak. Saaaya pun bab t**i kucing selalu bengang, kucing jiran suka membuang kat rumah kita. Sabar ajelah.. Huhu..

    BalasPadam
  3. saya pun boleh termuntah jugak nak bersihkah kalau kucing membuang bersepah... nak buat cam mana kena jugak bersihkan sendiri, tapi nasib baik kat luar rumah,

    BalasPadam
  4. Kesiannya kakak kesayangan sorg ni dikerjakan si kucing.

    Kucing tu dengki sebab meja k.mie tu kemas + cantik sangat2......mmg nak kena kucing nie...hish!!!!

    BalasPadam
  5. Izan: betul, akak mmg x tahan dgn baunya tu. Jangankan tengok, sebut je dh rasa loya semacam..

    BalasPadam
  6. Zefa: Biasanya kucing akan buang di tempat yg sama.. Jadi bimbang jg jk peristiwa "manis" ni berulang.. huhu

    BalasPadam
  7. Norliha: Boleh kalau nak panggilkan pekerja tlg bersihkan tapi x sedap la nengoknya sebab tu meja kita..

    BalasPadam
  8. Nza: Tulah ayat kawan2 akak kat sini. Siap ada tambahan lagi, "kalau xnak kena b*r*k ngan kucing, jangan rajin2 kemas meja macam kak mi"

    BalasPadam
  9. mungkin meja tu kemas, siyok tidur mungkin

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.