Khamis, 1 Mac 2012

Karnival Koakademik Bahasa Melayu ♥ Tahniah, Raudhah & Farah!

Hari ni ibu tak ke sekolah. Bukan bercuti, tapi ibu ke sini..

Meriah betul pentas ni..

Bersama-sama ibu ke sini ialah empat orang lagi rakan guru sekolah ibu. Dua orang mengiringi anak didik yang bertanding, seorang sebagai juruacara dan seorang lagi sebagai hakim.

Agaknya apa tugas ibu?
Sebenarnya, ibu melangkah ke sini sebagai hakim bagi pertandingan pidato. Dah dua tahun ibu diberi kepercayaan menjalankan tugas ni. Sebelum itu, ibu pernah menjadi hakim pertandingan bercerita. 

Bukan mudah nak jadi hakim yang adil dan saksama.. Jadi, Selasa lepas kami, para hakim dah pun menghadiri taklimat.

Tahniah buat dua orang murid sekolah ibu; Siti Nur Raudhah dan Farah Ashiqin yang masing-masing mendapat tempat kedua dan keempat pertandingan bercerita tahap satu dan tahap dua. Tahniah juga buat jurulatih mereka, Cikgu Zainudin, Cikgu Maryam dan beberapa orang guru lain yang sudi meluangkan masa melatih mereka.

Ibu kagum dengan dua orang anak ini. Berjaya juga mereka mendapat tempat walaupun hanya berlatih dalam masa tiga hari.

 Siti Nur Raudah dan Farah Ashiqin menerima hadiah daripada Tuan PPD Jerantut

Ps: Hari ni, ayah ibu berangkat ke tanah suci. Moga ayah sihat dan dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.

5 ulasan:

  1. tahniah buat pelajar2 tu ibu,dan smg ayah dan ibu selamat pergi dan slmt kembali...

    BalasPadam
  2. tahniah utk anak didik akak...3 hari berlatih jer..???mmng terbaiklah kak....kagum jugak dgn semngat dia orang..

    p/s..semoga ayah akak selamat pergi dan kembali...

    BalasPadam
  3. Tahniah kpd raudhah n farah....mrk anak2 cemerlang.....InsyaAllah. Juga tahniah pd cikgunya trutama pengerusi BMnya tu yg mmg pakar dlm BM....

    Kt sini akhir bln 3 baru mula karnival nie....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama02 Mac, 2012

    tahniah...

    **semoga ayah dan ibu selamat di sana..dan berjln dgn baik...

    BalasPadam
  5. tahniah buar raudhah n farah..mereka hebat sbb ada cikgu salmi yg hebat.hehe..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.