Khamis, 15 Mac 2012

Zoom A - Ulang Kaji Tanpa Buku

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semalam ibu bercerita pasal Faiq yang mengulang kaji tanpa buku gara-gara ibunya yang tak berkesempatan membelikannya buku-buku latihan. Jadi, semalam hampir setengah hari Faiq mengadap komputer untuk menjawab soalan-soalan latihan dalam Zoom-A.

Ada antara rakan pengunjung teratak ibu ni yang bertanya apakah yang dimaksudkan dengan Zoom-A. Buat Marya yang kini berada nun jauh di Peru, di sini ibu ceritakan sikit ye.. 

Sebenarnya, Zoom-A ialah program pembelajaran secara interaktif melalui internet. Program pembelajaran ini dirancang rapi, bersistematik, efisien, dan efektif. Kini, Zoom-A merupakan antara pembelajaran interaktif yang tercanggih di Malaysia.

Setiap sekolah boleh mendaftarkan murid-murid mereka untuk melanggan Zoom-A. Yuran langganan tidaklah mahal; hanya RM10 setahun dan terbuka kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Jika ingin mengetahu lebih lanjut, sila layari laman web Zoom-A di sini.

 

Pada pendapat ibu, Zoom-A ni amat baik. Contohnya, semalam Faiz menjawab latihan matematik. Berdasarkan latihan tersebut, ibu dapat kenal pasti kelemahannya. Jadi, untuk latihan berikutnya, ibu boleh pilih soalan-soalan berkaitan kemahiran yang dia agak lemah untuk latih tubi.

13 ulasan:

  1. Ada jugak kawan Mp yg langgan utk anak2..Nampaknya Mp pun kena ambik jugklah...Thnks kak sudi berkongsi pasal Zoom-A ni..

    BalasPadam
  2. thn ni daerah muar agak lmbat la promosi package zoom A..kalau thn2 lepas mmg awal2 thn kami dh dipanggil utk taklimat.....hu.hu.hu...

    Panel2 zoom A tu trdiri dr panel pembubur soalan dr Kelantan tu..soalannya mmg up to date n trkini......

    baguslah k.mie, sekurg2nya masa faiz trisi...farouk ni sejak along xde, kerjanya main je....hu.hu.hu...

    BalasPadam
  3. Hello Norsalmi, at first I was thinking 'Zoom-A' maybe from a kid's cartoon movie, ha ha.
    I guess budak2 suka ni program.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  4. baus program nie.sy baru tahu tentang nie dr blog akk..harap2 benda nie diteruskan..dua tahun lagi aiman dajah satu bolehlah latih tubi.hehe..

    BalasPadam
  5. k.mie, yah dh pinjam gmbar teknik tiupan hr tu..TQSM sebab bagi pinjam gambar2 tu....cantik sgt2.
    ni linknya :
    http://panitia-psvskpk.blogspot.com/2012/03/ikan-di-dalam-akuarium-teknik-tiupan.html

    BalasPadam
  6. Sama2.. Nanti ada masa akak jengah2 ye..

    BalasPadam
  7. MP: Pendapat akak, memang bagus.. Kalau salah, ditunjukkan cara betul mendapatkan jawapan. Lagipun anak lebih bermotivasi sebab markah dipaparkan

    BalasPadam
  8. Uncle Lee,
    Memang budak2 suka.. Kalau salah boleh ulang hingga dapat jawapan yang betul

    BalasPadam
  9. PK: insyaallah diteruskan.. program ini diupgrade setiap tahun

    BalasPadam
  10. As salam Kak,

    Terima kasih atas penerangan ni... Mmg menarik program ni... Baguslah, bayaran yuran langanan pun tak mahal.. RM10 je setahun... Tak mcm ada 1 program tu beratus2 ringgit... Program mcm ni lah yg kite nak, semua org pun mampu rsnye... nnt nak terjah web-zoom A tu... Tq kak, maybe sy boleh cadangkan pd anak2 buah sy yg ada di Malaysia!
    xoxo... :D

    BalasPadam
  11. Wsalam Marya,
    Anak2 buah Marya boleh langgan melalui sekolah..

    BalasPadam
  12. baru tahu pasal zoom A ni kak... tapi tulah kena daftar melalui sekolah pula ye...

    BalasPadam
  13. zoom a adalah bagus.........


















    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.