Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Karnival Jerantut dah pun berakhir hari Sabtu yang lepas. Terkilan juga ibu sebab hajat nak menjelajah buat kali kedua tak kesampaian. Harap-harap lepas ni akan menyusul karnival kedua pulak (ingat macam pekan sehari agaknya, boleh buat tiap-tiap minggu. ngee...)
Inilah antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sembilan hari karnival tersebut berlangsung. Ibu terlibat pada 29 Mac tu..
Kali ni ibu dilantik jadi hakim pidato untuk kategori sekolah rendah. Peserta kali ni hebat-hebat belaka. Tapi sayang, tiada gambar untuk ditepek. Maklumlah, ibu ni kan pemalu. Andai meja hakim dekat dengan pentas, dah tentu ibu curi-curi ambik gambar. Tapi, kali ni meja hakim diletak nun di hujung tanjung. Jauh dari pentas.
Cenderamata untuk hakim.
Ada juga kenang-kenangan sempena karnival yang julung-julung kalinya diadakan di sini.
Pada malam harinya, ada forum Perdana. Hajat nak ke program ni pun tak kesampaian sebab terpaksa menyiapkan kertas kerja dan laporan panitia untuk pencalonan sekolah kluster.
Wah meriahnya, siap ada forum perdana lagi tu..TAHNIAH utk kak mie kerana diberi kepercayaan saban thn.....Syabas..kat sini belum habis lagi.....masih brsisa...ditmbah pula dgn MSSD...cikgu2 msg2 sibuk.....
BalasPadamwah meriah sungguh....
BalasPadammama qs bukan cikgu tapi rasanya mesti akak berbangga di beri kepercayaan menjadi hakim ingat dulu masa sekolah masuk syarahan tengok hakim serius takut je