Khamis, 19 April 2012

Kala Cinta Mula Bersemi

Wah, tajuk entry jiwang-jiwang hari ni! Ibu sakit ke? Atau demam tak kebah-kebah? Ye lah, tetiba je berbicara pasal cinta.  

Sebenarnya, bukanlah cinta antara dua jiwa. Sekadar cinta terhadap minat baru ibu.

Alah, minat yang ini..


Pernah ibu beli sebuah buku jahitan manik. Namun, dah dua tahun berlalu, buku tu masih tersimpan rapi dalam lemari bersama buku-buku lain. Manik dan labuci yang ibu beli dulupun masih tersimpan elok.  (nasib baik belum reput..)

Sebenarnya, minat ibu ni dibugarkan kembali oleh sahabat lama ibu, NzA. Kerajinannya menjahit manik dan labuci walaupun sentiasa sibuk membuatkan semangat untuk mencuba makin berkobar-kobar.

Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas sepasang kurung riau yang ibu tempah dah siap. Alahai, kesian ibu!! nampak sangat sibuk hinggakan nak jahit baru sendiripun tak berkesempatan. Kebetulan pulak, minggu lepas ibu dapat tau yang ibu bakal menyertai lawatan yang dah ibu ceritakan di sini. Jadi, ibupun mulalah berangan-angan nak melaram dengan baju baru bersulamkan manik dan labuci. 

Sabtu, ibu sibuk menemankan anak-anak ke sini. Jadi, Ops Manik Labuci hanya bermula petang Ahad dan berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi. Tak banyak yang ibu jahit; hanya bahagian cekak di lengan baju.

Semasa menggosok baju ni, ibu rasa macam ada yang tak kena. Tapi disebabkan dah terlalu mengantuk, ibu buat-buat tak tau lalu terus tidur. 

Keesokannya, selepas menyiapkan sarapan, ibu terus mengenakan baju tersebut. Elok baju tersarung di tubuh, ibu tersentap. Huhu.. lengan baju tu terlalu labuh. Mood riang gembira terus bertukar. Tapi ibu tak boleh buat apa dah. Terpaksa juga pakai baju tu sebab dah tak sempat nak gosok baju dan tudung lain. Tak pasal-pasal nanti satu bas menunggu ibu sorang. Nasib baiklah lawatan tersebut menyeronokkan. Banyak ilmu baru yang ibu peroleh. Terubat jugalah hati yang rawan.  

Ibu tiba di rumah lebih lebih kurang jam 2.00 petang. Dek rasa tak puas hati, petang tu juga ibu lancarkan ops susulan. Nak tau tak apa jadi dengan baju ibu tu?  Esok ibu ceritakan ye..

Moral of the story:
  • Walau macam mana terror tukang jahit tu, cuba dulu baju yang dah siap kerana tukang jahit tu pun manusia biasa.  
  • Cinta yang mula bersemi memang banyak dugaannya. hehe..

17 ulasan:

  1. aduhai mmg cantik.kombinasi warna yg menarik juga.seronok betul tengok cinta akak bersemi walaupun byk dugaannya.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. baru nak cuba dah macam2 hal..

      Padam
  2. Tanpa Nama20 April, 2012

    suka tengok cantik tp tak pandai nk bikin sendiri...hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. JS, akak pun bukanlah pandai. Ini percubaan kali pertama.

      Padam
  3. CANTIK SANGAT2!!!!kemas sgt jahitannya....mmg patut kita digelar kembar sejak dulu krn kita punya chemistry la kak mie...punya hobi yg sama jugak sejak dulu, kini n selamanya.....

    Yah pun pernah alami mcm tu 2X bila baju dh siap dijahit labuci + manik..bila cuba pakai tngannya senteng...hu.hu.h.u...rasa nk meraung je masa tu ttp trpaksa cr alternatif lain.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah gayanya kalau dah minat.. Bila dah mula susah nak berhenti.. Pastu berangan nak buat & nak buat lagi. Sibuk macam manapun tak kisah..

      Tapi, bagus jugakan. Bila dah siap tu rasa seronok sangat.. Hilang stress..

      Padam
  4. hehe..cinta yang baru bersemi banyak dugaannya, jangan takut untuk terus bercinta ye, sebab 'cinta' yang baru bersemi tu hasilnya dah cantik sangat dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ummiross, tak secantik yg orang lain buat tapi nak cuba & cuba lagi..

      Padam
  5. saya pernah cuba jahit manik jugak tapi cepat bosanlah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. norliha, dah tgk hasilnya tentu hilang segala bosan kot..

      Padam
  6. As salam Kak,

    Cantiknye... Baju yg murah pun boleh nampak mahal & bergaya kalau kena sentuhan mcm ni! Rajin betul akak ni :)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Marya,
      Bukanlah rajin sangat pun tapi suka tgk baju kawan2 yg bermanik. Memang baju nampak mahal & bergaya kalau letak manik..

      Padam
  7. Kakak-kakak ku semuanya dah bling2 berlabuci nampaknya.. Tapi memang cantiklah kak..

    ps: cantik akak punya water mark.. berkenanlah pulak..

    BalasPadam
  8. T kasih, zefa. Percubaan pertama ni. Jealous tgk org lain blh buat lagi cantik..

    watermark tu hasil gatal tangan lagi.. asalnya cuba2, pastu rasa nak terus guna..

    BalasPadam
  9. alahai... berbakat betul kakakku sorang ni! cantiknya jahitan manik n labuci yg kak mie buat tu. suka sangat izan tgk.

    BalasPadam
  10. T kasih, Izan. Tengok dlm gambar memang cantik tp sebenarnya byk lagi yg perlu diperbaiki..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.