Ahad, 22 April 2012

Luahan Rasa..

Walau telah terlalu lama berlalu, kenangan itu masih segar dalam ingatan. Ketika itu ibu di tingkatan 2. Ibu agak rapat dengan seorang rakan walaupun bukan sekelas. Kami berbeza dari segi penampilan. Ibu dengan uniform pengawas; kemeja biru muda dan skirt putih separas lutut manakala rakan ibu tu bertelekung mini. 

 

Lama-kelamaan hati ibu terpanggil untuk bertudung. Dengan duit simpanan, ibu minta rakan tersebut yang belikan tudung untuk ibu. Setelah tudung ibu miliki, barulah ibu suarakan hasrat untuk bertudung kepada emak. Pesanan emak yang ibu ingat hingga kini, "Kalau nak bertudung, jangan main-main; sekejap tutup sekejap buka". 

 

Alhamdulillah, sejak itu ibu mula bertudung. Tidak pernah sedetik pun ibu rasa menyesal atas keputusan yang telah ibu buat. Walaupun ibu aktif bersukan semasa di sekolah dan di maktab, aurat tetap ibu jaga.


Sebenarnya, bukan saje-saje ibu coretkan kenangan ini. Tapi, coretan ini lahir dari kekesalan ibu atas tindakan seseorang. Tersentak ibu apabila melihat gambar ibu yang tidak bertudung bersama dia dan beberapa orang rakan dimuat naik ke dalam albumnya di fb. Gambar ketika ibu masih belum bertudung itu diambil semasa kunjungan kami ke rumah seorang rakan sempena hari raya.

 

Ibu amat mengharapkan pandangan daripada rakan-rakan. Apakah yang patut ibu lakukan. Perlukah ibu memberitahunya supaya memadamkan gambar tersebut?


Gambar Google

14 ulasan:

  1. saya rasa ibu patut gitau kt kawan ibu tuh...pendirian ibu ..lagipun ..even itu gambar lama..tp dia ttp ibu jugak...
    moga dia hormat keputusan akak...at least akak gitau dia..drp akak terus mendiamkan diri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih fyzz..
      Akak sedang mencari kekuatan utk itu. Bimbang ada hati yg terluka. Tambahan pula hubungan yg dh lama terputus baru je bersambung kembali..

      Padam
  2. salam ibu..

    ogy rasa, ibu punya hak untuk berbincang baik2 dengan sahabat tersebut... may b dia pun tak perasan juga... personally, ogy rasa kita perlu sentiasa peka dan sensitif pd isu sebegini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam ogy..
      Insyaallah, akak akan cuba beritahu. Doakan agar dipermudahkan..

      Padam
  3. subhanallah hidayah Allah milik siapa sahaja. Mudah-mudahan asih sayang Allah sentiasa bersama akak..kalau kite jadi akak pun akan tersentap..sebab itu kite yang dulu..akak cakaplah yang akak malu tak bertundung mase dalam keadaan penuh hikmah..takpun suruh die tenyeh pape yang tidak menampakkan akak kalau die taknak padam sekalipun..kene bertindak cepat sebab nanti di tag2 kat kawan2 lain. semoga Allah sentiasa bersama akak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih UM..
      Insyaallah akak akan btau secepat mungkin.. Itulah yang akak bimbangkan. Bimbang makin ramai yg tengok. Doakan agar segalanya dipermudahkan ye..

      Padam
  4. Yah rasa ada baiknya kak mie berterus terang dgn kwn kak mie tu...mmg sukar utk dilakukan..risau jika ada hati yg trsentuh...maklumlah hati org sukar utk kita mengerti....kak mie jelaskan secara baik dan minta dia mengerti apa yg kak mie rasa......mungkin dia xpeka dgn keadaan n lakukan semua tnpa niat apa2..ttp yah rasa, kalau k.mie biarkan prkara ni akan terus menghantui kak mie....yelh, bila masuk FB gambar tu akn dipertontonkan oleh org ramai...padahal kita xsangka perkara begini boleh brlaku......
    Moga rakan kak mie dpt menerima pndangan kak mie dan moga segalanya dipermudahkan.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih Yah kerana memahami.. Situasi ni amat sukar bagi akak ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak.. Memang akak tak anggap dia ada apa2 niat sebab dia sgt baik orangnya cuma mugkin spt kata Yah, dia kurang peka.
      Doakan moga segalanya dipermudahkan dan persahabatan antara akak dengannya tak akan terjejas..

      Padam
  5. izan pun berpendapat sama juga kak mie. ada baiknya kak mie minta kawan k.mie tu utk removekan gmbar tu sebab secara sengaja atau tak ianya mungkin dilihat oleh org yg bukan muhrim...

    harap2 kawan k.mie tu faham niat suci k.mie utk tidak lagi menguplode n mempertontonkan gmbr yg mendedahkan aurat satu masa dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih Izan..
      Akak pun harap sangat dia faham. Doakan segalanya dipermudahkan dan hubungan kami tidak terjejas kerana hal ini..

      Insyaallah harap perkara sama takkan berulang.. Seingat akak, itulah satu2nya gambar akak yg ada padanya.

      Padam
  6. Assalamualaikum kak Salmi,
    Seronok baca coretan akak, bercerita tentang hidayah..mmg hidayah suatu rezeki yg menjadi rahsia Allah SWT. Saya sendiri baru bertudung lengkap tak sampai setengah tahun, sebelum ni hanya pakai bila ada occasion yg saya kira pada waktu tu perlu bertudung. Jahil sungguh sy waktu tu. Tapi hidayah Allah SWT dtg hanya dgn teguran seorang anak lelaki kawan saya yg berusia 6 tahun, yg mengur sy "mesti autie nampak comel kalau bertudung" sbb katanya Uminya cantik bila bertudung. Alhamdulillah hati terpaut dan kesedaran datang, maka 1 Hijrah yg lalu saya berhijrah tudung dan pakaian. InsyaAllah yg lain-lainnya masih dalam proses meningkatkan diri ke arah yg lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih Wann kerana sudi singgah & berkongsi pengalaman.. Tahniah atas penghijrahan Wann. Akakpun perasan bila gambar profil Wann berubah dan baca komen2 rakan kt fb Wann.. Seperti kata UM, hidayah Allah milik sesiapa shj. Sebab itu, akak tak suka pandang serong kpd orang yg tidak bertudung, sebaliknya lebih baik tegur secara baik. Mungkin suatu masa dia menutup aurat dgn lebih sempurna berbanding kita yg dah lama bertudung..

      Padam
  7. terus terang dengan kawan akak, Insyaallah beliau faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih PK..
      Akak dah pun berterus terang dgn rakan akak tu.. Harap dia dapat menerimanya dan perkara ini tidak menjejaskan persahabatan kami..

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.