Selasa, 10 April 2012

Semalam dalam Ingatan: Oh, Wiraku!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dah berpuluh banyak tahun ibu memandu. Walaupun tidak secekap orang lain tapi dalam sejarah pemanduan ibu (macam pemandu F1 pulak.. ngee..) tak pernah ibu mengalami apa-apa insiden yang tak diingini. Alhamdulillah, belum pernah ibu terlanggar tiang, tembok, pagar atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya.

Tapi kan, semalam ibu dah pecah rekod tau.. Tak pasal-pasal ibu terlanggar bontot kereta apek. Kejadian tu waktu pagi masa nak ke sekolah. Semasa keluar simpang nak ke kiri, ibu nampak kereta apek kat depan ibu terus je, tak berhenti pun. Jadi, semasa ibu menoleh ke kanan dan nampak kereta-kereta yang di sebelah kanan bagi isyarat nak masuk simpang, ibu pun terus masuk gear dan bammmm.. Rupa-rupanya, apek tu brek mengejut. Apa lagi, terkejut beruk lah ibu.

Mata sebelah kiri Wira ibu pecah berderai. huhu.. Tapi yang itu tak penting. Yang tergambar dalam fikiran ibu ketika tu, banyak mana ibu kena bayar ganti rugi kat apek tu. Mahu ibu balik rumah korek tabung. Almaklum, bulan tengah gerhana. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Setelah yang melanggar dan yang dilanggar berbincang, tak adalah adegan korek-korek tabung hari semalam sebab kereta apek tu cedera sikit je.

Selepas kejadian, ibu terus ke sekolah. Rupa-rupanya, berhampiran sekolah ibu ada lagi satu kejadian sondol-menyondol. Empat buah kereta lagi.. Ibu bersyukur, kejadian yang menimpa ibu tidaklah seburuk yang ibu lihat selepas tu.

Balik dari sekolah, terus beritahu ayah. Lampu yang pecah perlu diganti segera sebab keesokannya (hari ni) kami nak berkereta agak jauh. Nun ke Kuantan.

P/s: Ibu dan ayah dalam perjalanan pulang menemani angah menghadiri temuduga Darul Quran di Kuantan. Doa daripada rakan-rakan ibu harapkan agar angah berjaya dalam temu duga tadi.

9 ulasan:

  1. MasyaAllah....nasib baik tak terus dan k.mie dalam keadaan selamat.

    Gud luck angah....cik yah doakan agar angah brjaya...camne la rupa angah skrg??? tgk masa kecik2 dulu...Masa kecik Angah comel n cubby sgt2......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah takde apa2. Apek tu pun baik..
      Itulah Yah, nak juga buat entry pasal 3 dara tu tapi belum berkesempatan.. Angah still cubby..

      Padam
  2. selamat berjaya buat angah.Alhamdulillah keta apek tu tak apa2.sy dalam setahun dh tiga kali gak buat adengan pemanduan yg mencalarkan kereta.haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah PK.. Walaupun berhati2, tetap terkena dan mengena.. hehe

      Padam
    2. wpun terkena dan mengena yg paling penting sekali akak tak apa2..Syukur sgt..

      Padam
  3. sye pun x terer drive, alhamdulillah ibu ok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan Ayuni.
      Alhamdulillah, masa tu kereta baru bergerak. Jadi sondolan tu tak kuat sangat.

      Akak dah berkunjung ke blog Ayuni & follow.

      Padam
  4. Tanpa Nama10 April, 2012

    syukur takde apa berlaku pd akak...

    ***didoakan semoga anak akak berjaya spt yg diimpikan..ameen

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.