Minggu ni, ramai yang dah mengukir senyuman. Almaklum, cuti sekolah bakal menjengah beberapa hari je lagi. Tentu ramai yang dah buat perancangan untuk mengisi cuti dua minggu ini. Ada yang balik kampung dan tidak kurang juga yang bakal menjayakan program cuti-cuti Malaysia bersama keluarga.
Bagi ibu pulak, perasaan bercampur-baur. Selain sibuk dengan minggu peperiksaan, sekolah ibu juga sibuk dengan persiapan untuk satu program yang agak besar yang akan berlangsung pada hari Jumaat dan Sabtu akan datang (program yang baik tapi rasanya masa kurang sesuai). Kemudian, sambung pula dengan kelas tambahan.
Ibu juga sibuk dengan persiapan angah yang akan mendaftar di sebuah ipta pada 2 Jun nanti. Dah tentu ibu gembira dengan kejayaan angah. Namun, bohonglah kalau ibu tak rasa sedih. Sedih kerana seorang lagi anak akan meninggalkan kami.
Ketika sibuk membuat persiapan untuk angah, teringat pada along nun jauh di Kuala Terengganu. Bila rindu kat along, teringat masakan kegemarannya; ketam masak lemak. Inilah antara menu wajib setiap kali along balik bercuti. Jom, kita kongsi resipinya..
KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
- 1 kg ketam (lupa nak kira berapa ekor..)
- 2 batang serai - dititik
- 2 helai daun kunyit - disiat2
- 1 liter santan
- 300 ml pati santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan-bahan yang
dikisar:
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 6 biji cili merah (ikut cita rasa)
- 1 inci kunyit hidup
- 1 camca besar ikan bilis - rendam dan toskan
- 1/2 inci belacan (pilihan)
Cara memasak:
- Siang ketam, buang kaki yang kecil, ketul sedikit sepit supaya isinya mudah dikeluarkan.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
- Masukkan ketam, daun kunyit dan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih.
- Tuangkan pati santan. Kacau dan masak atas api perlahan hingga mendidih. Tambah garam dan gula (jika suka) secukup rasa.
- Masak untuk 1-2 minit lagi lalu matikan api.
* Kalau suka boleh tambah kacang panjang, kacang buncis, nanas atau rebung
baru semalam makan ketam.tp rebus je sbb tgh diet.hehe..klu ketam msk lemak sedapnya..:)
BalasPadamSalam Noralmi...
BalasPadamKunjungan balas ni...he..he..blog yang sangat menarik...
Saya dah pergi ke Blog tempahan tu...semuanya cantik-cantik...nanti, bolehlah tempah..:)
"ALONG"..makanan kegemaran kita sama la..cik yah pn suka makan ketam masak lemak camni....feveret.
BalasPadamTahniah angah...moga terus cemerlang..Yah pn tgh sedih jugak ni kak mie......hu.hu.hu....
kak mie...sedapnya ketam masak lemak ni. tapi kalau nak tau sepanjang kawen ni izan blm pernah masak ketam sendiri...hehe... dasat tak?
BalasPadam