Sabtu, 5 Mei 2012

Projek Hari Pekerja

Hari ni ibu ingin kongsikan satu lagi hasil tangan ibu; hasil tangan orang baru belajar. Idea untuk projek kedua ni muncul semasa menyimpan manik-manik dan labuci yang ibu beli setahun yang lalu. 

Antara manik dan labuci yang ibu gunakan.

Jadi, cuti Hari Pekerja baru-baru ni, ibu penuhi dengan projek kedua ibu ini.


Ini bukanlah baju baru. Baju ini kononnya nak dihiaskan dengan manik setahun yang lalu, namun dek kekangan masa akhirnya baju ni ibu pakai kosong tanpa manik.

Setelah setahun berlalu, barulah sempat curi-curi masa untuk menghasilkan sulaman manik yang simple ni. Ibu buat yang simple je sebab nak cepat siap.


 Kuntuman bunga yang mudah untuk dihasilkan. 

Masih banyak manik dan labuci yang berbaki. Harap-harap selepas ini dapatlah ibu luangkan lebih masa untuk melayan hobi menyulam manik ini.

Ada tak teman-teman yang berkongsi hobi dengan ibu? 

19 ulasan:

  1. Tanpa Nama05 Mei, 2012

    cute la dan dh jadi cantik baju yg krg seri tu..hehe..

    bila la js nk mencuba wat sendiri...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. JS, cubalah buat.. nampak macam rumit tapi sebenarnya amat mudah..

      Padam
  2. cantiknya kak...teringin jugak saya nak jahit manik sndiri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, MP..
      INsyaallah, tentu MP boleh buat jg.. Bunga ni sebenarnya, senang je nak buat..

      Padam
  3. kak mie...cantiknya! makin berseri2 baju tu ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkasih Izan..
      Sekarang tgh cuba buat mcm2 jenis bunga.. Jadi, baju2 lama menjadi sasaran..

      Padam
  4. kak salmi..saya suka....cantik lah..pandai kak mi...jahit...fyzz pun lama sngt tak jahit manik2 gini.dulu masa sekolah sya rajin jahit labuci..
    fyzz pun kalau beli baju kurung..atau jubah suka sngt beli yg yg ada labuci2 n manik2 gini..

    teruskan minat kak mi nih..nnti makin berseri2 baju2 yg ada..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. fyzz, terima kasih..
      insayaallah, akan diteruskan.. cuma kekangan masa yg menjadi halangan..

      Padam
  5. Salam... pandai berlabuci ya... ogyep pun suka juga seni kraft labuci ni, kalau sempat... memang habis semua baju nak jahit labuci.. tapi, yang simple 2 aje... agak2 boleh ke kalau nak minta ajar buatkan design bunga tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Ogy,
      Boleh je tapi akak ni pun baru belajar..
      Insyaallah, nanti akak akan buat entry ttg cara menjahit bunga ni..

      Padam
  6. pandai nya...awk duk area mana? nk minta awk jahitkan manik camtu tuk bj kurung leh?????simple...

    salam singgah n follow sini

    dr, afasz.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Farizam
      Akak di jerantut..
      Buat masa ni akak belum terima tempahan.. Masih belajar lagi..
      Kalau akak dah sedia terima tempahan, akak akan maklumkan..

      ps: thanks sudi singgah & follow sini. Nnanti akak balas kunjungan ye..

      Padam
  7. Assalamualaikum Norsalmi,

    Cantiknya... pandai Norsalmi jahit manik dan labuci ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, Ros..
      Terima kasih. Sebenarnya, baru mencuba. Ni cubaan kali kedua..

      Padam
  8. salam kak mie..

    cam susah jer nak buat kuntuman bunga manik nih...sya dulu pun suka gak jahit manik kat baju sendiri....tp lani dah stop dah...susah anak kecik..hi

    BalasPadam
  9. Wslm, Sya..
    Mudah je nak buat. Nanti akak buat entry cara buat kuntuman manik tu..

    BalasPadam
  10. cantiknya gabungan warna yg kak mie gunakan tu...nnti nk buat jugak la camtu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yah tentu boleh buat lebih cantik..Dah siap nanti kongsikan ye..

      Padam
  11. wow..byknye manik ibu
    kat sini..manik mahal

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.