Isnin, 25 Jun 2012

Bersua di Alam Maya


Coretan ini sudah lama tersimpan
Hanya menunggu masa untuk diterbitkan
Ceritera ibu dan seorang teman
Jua sebagai catatan kenangan

Sepatutnya, semalam ibu terbitkan
Sempena ulang tahun kelahiran
Namun, disebabkan sesuatu yang tak dapat dielakkan
Hanya lewat malam ini barulah dapat jadi tatapan

Saat itu masih segar dalam ingatan
Ibu dan dia masing-masing berusia 20-an
Di SK Sawah Dato', Mersing mulanya perkenalan
Hubungan terjalin melangkaui sebuah persahabatan

Ketika itu, ibu sudah punya dua orang puteri 
Dia pula masih baru bergelar isteri 
Antara kami saling mempercayai 
Membuatkan kami cukup serasi
Justeru, banyak cerita dan rahsia yang kami kongsi

Demi cinta kami berkorban
(isteri mithalilah katakan..)
Sama-sama meninggalkan kampung halaman
Digelar kembar oleh teman-teman
Kerana antara kami banyak persamaan

Usia kami tak jauh berbeza
Warna kulit dan ketinggianpun lebih kurang je
Kami juga jenis yang tak banyak bicara
Minat pada benda yang sama
Melukis dan melukis jika ada masa

Namun, semua itu tinggal kenangan
Jarak dan masa telah memisahkan
Berbelas tahun terputus hubungan

Syukur ke hadrat Ilahi
Kini hubungan bertaut kembali
FB dan blog mempertemukan kami
Punya lima orang permata hati
Itulah persamaan kami kini

Walau sekadar di alam maya
Hubungan terasa erat dan mesra
Ya Allah.. berkatilah segalanya
Agar silaturrahim ini kekal selamanya

Khas buat...


v




v




v




v




v




Sorry, Yah.. terlewat sehari. Apa-apapun, selamat hari lahir akak ucapkan. Dari kejauhan ini dititipkan doa agar kehidupan Yah sentiasa dalam redha-Nya.

11 ulasan:

  1. Dinda dah agak dah memang untuk kak ibu Nza... tapi memang ada persamaan antara akak dan dia...tengok aja saya panggil.... walaupun sebelum ini saya tak tahu....

    kak ibu Nza dan Kak ibu Salmi...

    Both of U memang kakak ku di alam maya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. pandai dinda agak ye.. Dulu kami memang rapat sgt.. Tapi skrg hanya berhubung di alam maya

      Padam
  2. izan kenal kak mie pun dari blog kak nza. dan tak sangka banyak betul persamaan kalian berdua ye... patutlah sampai digelar kembar.

    izan pun nak ucap 'selamat hari lahir juga buat kak nza' walaupun dah terlewat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Izan.. byk lagi persamaan kami. Sebab itulah kami cukup serasi..

      Padam
  3. TQSM kak mie, xterucap dgn kata2...terharu, gembira, bahagia bila menerima penghargaan dr seorg kakak yg jauh dimata ttp tetap dekat dihati sejak dulu, kini dan selamanya.
    Walaupun dh brthn kita brpisah, ikatan prsaudaraan kita tetap erat kerana antara kita terlalu byk persamaan...trlalu indah kenang itu dan ianya tetap terpahat disanubari..TQSM kakakku....love you so muah...Muah!!! Syg kak mie ketat2.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenangan kita di Mersing adalah antara kenangan terindah.. Hubungan kita dgn rakan2 lain juga dirasakan cukup istimewa. Hingga kini akak tak punya kawan serapat Yah yang boleh berkongsi cerita & rahsia (mood sedih.. huhu) Sayang Yah juga.. Muah2!!

      Padam
  4. Tanpa Nama26 Jun, 2012

    la rupanya kedua2 sis dh lama bertemu ye...js jugak ketinggalan citer...hihi..

    apa pun semoga persahabatan yang terjalin antara sis berdua terus terpahat dan kekal hingga akhirnya...^^

    BalasPadam
  5. x sangka kan ibu...ngn fb dan bblog dpt jmp blk insan2 yg
    penah rapat ngn kita dlu.....apapun ana doakn smg psahabatan ibu dan kawan ibu akan kekal hingga ke akhirnya..amin

    BalasPadam
  6. puitisnya gurindam tu... selamat hari jadi juga untuk NzA.. semoga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki, AMIN

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir kak NzA. Lepasni kena terjah blog kak NzA pula.. Dah lama tak bw.. huhu..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.