Sabtu, 30 Jun 2012

Tanggungjawab Siapa?

memasak, membasuh, mengemas...


Mari kita berkongsi kisah Sayyidina Umar r.a dengan seorang lelaki.

Lelaki itu terpaku di luar rumah Sayyidina Umar al-Khattab. Tidak jadi dia hendak memberi salam kepada tuan rumah. Tak sangka Sayyidina Umar hanya diam saja bila isterinya merungut sesuatu dan berceloteh panjang. Tidak terdengar langsung suara beliau membalas kata-kata isterinya.

"Jika begini sikap Umar padahal beliau seorang yang sentiasa bersikap tegas dan keras, dan beliau juga seorang Amirul Mukminin... betapalah aku," bisik lelaki tadi. Niatnya untuk mengadu kepada khalifah mengenai sikap isterinya yang tidak disenangi, terbantut.

Ketika dia sudah membelakangi pintu untuk melangkah pulang, Sayyidina Umar kebetulan menjenguk keluar. Sayyidina Umar lantas memanggilnya dan bertanyakan hajatnya.

"Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya aku datang ingin mengadukan keburukan isteriku kepadamu. Dia selalu berleter kepadaku. Tetapi aku mendengar isterimu juga bersikap demikian, jadi aku mengambil keputusan untuk pulang saja," jawabnya.

Sayyidina Umar berkata, "Wahai saudara! Sesungguhnya aku menahan diri terhadap sikapnya itu kerana dia ada hak ke atas diriku. Dialah yang memasakkan makananku, memasak roti untukku, membasuh pakaianku, menyusukan anak-anakku, padahal semuanya itu bukan kewajipannya. Selain itu, hatiku menjadi tenteram dengannya daripada perbuatan haram. Itulah sebabnya aku sanggup bersabar atas sikapnya itu."

"Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku," balas lelaki tadi.

Sayyidina menambah, "Wahai saudara, bersabarlah atas sikap isterimu itu kerana ia hanya sebentar sahaja." - Sumber


* Alangkah bahagianya para isteri andai semua suami mencontohi sifat Sayyidina Umar r.a yang amat menghargai pengorbanan isteri..

4 ulasan:

  1. salam kak salmi.....
    memang semua kerja tu bukan kewajipan isteri.....
    tapi....!!!!semua kerja yang kita lakukan dengan
    iklas dan penuh dengan kesabaran.......insyaallah.....pahala nya di akhirat tidak terhitung walau hanya memberi minum
    segelas air kosong untuk suami.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak setuju Yan..
      Walau bukan kewajipan kita tapi rasanya semua isteri lakukan dengan ikhlas. Yang dikesalkan ada juga suami yang lupa soal tanggungjawab ini. Sudahlah isteri bertungkus lumus membantu mencari nafkah, terpaksa pulak buat semua kerja rumah tanpa sebarang bantuan drp pihak suami..

      Padam
  2. Tanpa Nama30 Jun, 2012

    Assalamualaikum, Salam kenal.
    Syukur bila dapat suami yg memahami. Lagi2 kalau yg surirumah mcm sye ni. Suami penat2 kerja tak salah kita buat kerja2 rumah ni.
    Kadang2 kita membebel ni tak sedar yg kita tengah membebel kan? Tu pun kena slalu ingat skali =)

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum Kak Ibu Salmi,

    memang benar tapi kak ibu bukan mudah untuk memilih mana2 pintu syurgakan kak ibu... lagi pun sekarang ni kalau semua suami buat makanya isteri ni naik kepala le...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.