Ahad, 17 Jun 2012

Menyusuri Muara Sungai Terengganu

Ibu ialah anak desa yang dibesarkan di sebuah perkampungan di tebing Sungai Pahang. Untuk pulang ke kampung emak dan ayah juga, kami terpaksa menaiki bot menyusuri Sungai Pahang kerana ketika itu masih belum ada jalan raya.  Justeru tidak hairanlah ibu amat gemar menikmati keindahan alam semula jadi terutama keindahan di pinggiran sungai.
 
Pengalaman lima hari menyusuri Sungai Kelantan 20 tahun yang lalu juga masih segar dalam ingatan. Ketika itu ibu masih bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu (kini IPGM). Menikmati keindahan sepanjang Sungai Kelantan dari Tangga Krai ke Tambatan Diraja Kota Bharu merupakan antara pengalaman indah dalam hidup ibu.

Semasa di Kuala Terengganu baru-baru ini, ibu dan keluarga berpeluang menyusuri muara Sungai Terengganu pula. Walaupun hanya pemandangan di muara sungai dan dalam masa cuma lebih kurang sejam, namun amat bermakna buat ibu..

 Kami menggunakan khidmat TTI River Cruise. 
Menurut pemandu pelancongnya, bot ini adalah hasil kreativiti pembuat bot tempatan dan berharga lebih kurang rm200,000

 Hadif yang cukup sporting semasa demo 
pemakaian jaket keselamatan ni..

 Jurugambar sepanjang berada dalam bot. Sempat berangan lagi..
Cukup banyak gambar yang Faiz snap tapi yang menjadinya tak banyak.



 Taman Monumen dilihat dari bot





Masjid kristal dilihat dari bot
Khabarnya, kristal terdapat di puncak menara ni..
Jurugambar yang nampak berpuas hati sebab diberi kepercayaan 
sepenuhnya oleh tuan kamera..

Ps: Maklumat lanjut tentang TTI River Cruise boleh dilayari di sini

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama17 Jun, 2012

    la akak dh smpi sni..js stiap kali asyik xsmpt nk bercruise...mmg cantik viewnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila2 masa JS boleh bercruise sb ada di kg halaman sendiri.. Akak ni kalau tak bercruise sekarang, entah bila pulak boleh lepas ke sana..

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang cantik.. Rasa nak pergi lagi..

      Padam
  3. seronoknya menyusuri sungai naik cruise tu kak mie... tak pernah rasa lagi pengalaman camtu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, Izan. Lebih2 lagi anak2.. Teruja betul hinggakn ada yg request nk naik skali lagi.. hehe

      Padam
  4. ni kt TTI kan kak mie???? mmg puas menyusuri muara sg tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, kat TTI.. Anak2 seronok kat sini terutama masa bercruise.. Lekanya masing2..

      Padam
    2. kakanda ku berdua... ni rahsia kita tau...sebenarnya adik akak ni mabuk kalau naik boat hehehehe....

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.