Ahad, 1 Julai 2012

Rumah Dimasuki Pencuri ♥ Doa agar Selamat dari Kecurian

Rumah ibu pernah dimasuki pencuri ketika ibu pulang ke kampung. Penjenayah mengambil kesempatan memecah masuk pada waktu malam ketika bekalan elektrik terputus. Jiran ibu menyedari kejadian itu keesokan harinya apabila melihat pintu rumah ibu sedikit terbuka. 

Alhamdulillah tiada satupun barang yang hilang dalam kejadian itu. Duit-duit yang ada dalam tiga tabung yang ibu susun di dalam almari juga tidak terusik. Ibu tak menyimpan barang kemas di rumah. Barang kemas ibu hanya yang ada di badan sahaja. Jadi, malam itu mereka pulang tangan kosong. Namun, ibu bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah.

Itu cerita lebih sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu ibu masih tinggal di Mersing. Kini, kejadian tersebut kembali menghantui ibu. Banyak kejadian pecah rumah berlaku di sini. Bezanya, jika dulu kejadian pecah rumah biasa berlaku ketika ketiadaan tuan rumah dan berlaku pada malam hari, kini tidak lagi. 

Beberapa hari lepas, di sebuah taman perumahan tidak jauh dari tempat ibu tinggal berlaku satu kejadian pecah rumah. Penjenayah masuk melalui bumbung pada siang hari ketika tuan rumah ke tempat kerja. Bukan setakat melarikan barang kemas dan duit, mereka siap tinggalkan nota memperlekehkan Rukun Tetangga.

Dalam satu kejadian lain, penjenayah menunggu di pintu rumah sambil memegang parang. Amat menakutkan. Dalam keadaan sekarang, selain berhati-hati, kita hanya mampu berdoa. 


Kebetulan beberapa hari lepas, ibu terbaca status FB Ustazah Siti Nor Bahyah yang berkongsi doa untuk selamat dari kecurian. 
Jom kita kongsikan..


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak...
    Terima kasih atas prkongsian...mmng skrang kes pecah rumah makin mnjdi2....

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama01 Julai, 2012

    semoga kita sama2 mengamalkannya dgn pertolongan drNya..semoga dijauhkan dr segala bencana ini...mmg takut skrg ni duk rumah terutama terrace rasa tidak selamat je..^^..

    dlm news pun mcm citer pasal pecah rumah ni...menakutkan..

    BalasPadam
  3. Tkasih kak atas perkongsian. Sayalah tu antara yg baru menjadi mangsa.. :D

    BalasPadam
  4. As salam Kak,

    Terima kasih atas perkongsian... Moga kita semua dilindungi... Malang tak berbau kan..

    BalasPadam
  5. Kalau kak mie nk tahu, kuaters guru yg yah duduki di SMK Mersing pun pernah dimasuki pencuri..habis hilang duit, TV, Radio dan beberapa pralatan elektrik..masa tu yah OTW dr kg ke mersing.....sedih sgt tgk keadaan dlm rumah brselerak......Syukur masa kejadian kami tiada di rumah.......moga peristiwa hitam itu xbrulang lagi..betul2 fobia...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.