Ahad, 3 Jun 2012

Selesai Sudah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Seawal jam 5.00 pagi ibu sekeluarga dah bertolak ke Terengganu. Turut serta, dua orang adik ibu bersama keluarga masing-masing. Sekeluarga akan menghabiskan cuti di rumah mertua di Kuala Terengganu manakala sekeluarga lagi akan bercuti beberapa hari di Kuala Terengganu juga. 

 

Destinasi ibu sekeluarga; menghantar Angah mendaftar sebagai mahasiswi di sebuah kampus UiTM di Terengganu. Kami tiba di destinasi lebih kurang 10.30 pagi. Semasa kami tiba, barisan kenderaan dah terlalu panjang.

 

Proses pendaftaran tidak dibuat pada hari ini. Sebaiknya, pelajar hanya mendaftar untuk masuk ke asrama. Namun demikian, masa yang diambil agak lama kerana berlaku kesesakan lalu lintas berikutan kawasan parkir yang terhad. Alhamdulillah, lebih kurang jam 12.00 tengah hari, Angah dah boleh masuk ke biliknya.

 

Setelah mengemas apa-apa yang patut di bilik Angah, kami ke luar makan. Jam 1.30 petang kami hantar Angah semula ke asrama kerana semua pelajar baru perlu berkumpul di dewan pada jam 4.30 petang.

 

 

Ude macam tak sedihpun nak berpisah dengan Angah.

   

  Ibu, nampak je senyum..

  Perasaan sebenar; hanya Allah yang tahu.


Buat Angah: 

 

 Segala yang berlaku semalam,

tinggalkan dalam lipatan kenangan,

Usah menoleh, jangan lagi bersedih.

Ingatlah pesanan; 

walau destinasi sama,

banyak laluan untuk ke sana,

ada yang lurus laluannya,

 ada yang berliku-liku dan banyak ranjaunya.

Justeru.. kuatkan semangat, 

Cekalkan hati untuk terus melangkah,

Moga kecemerlangan bakal terukir,

Lantas menjadi contoh terbaik buat adik-adik,

Kami di sini sentiasa bersama,

Mendoakan yang terbaik,

 buat Angah.

Good luck, Angah!

12 ulasan:

  1. gud luck angah..

    sedihkan terpaksa berpisah.. Time tu hati mmg hanya tuhan ye yg tahukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Syiela.. perasaan sedih tu terpaksa simpan.. tak boleh tunjukkan depan anak2..

      Padam
  2. kak salmi...

    comey2 anak kak salmi...secantik ibunya...
    mcam mana la yer perasaan seorang ibu bila anak dah besar dan dok berjauhan...mungkin esok2 sya juga akan merasa situasi yang sama...:)

    good luck angah...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq sya.. terperasan sekejap bila org puji.. hihi..
      Perasaan tu tak boleh digambarkan dgn kata2.. Insyaallah Sya juga akan melaluinya.. Sementara anak2 masih kecil ni, cubalah luangkan sebanyak mana masa utk mereka.

      Padam
  3. Gud luck utk angah...
    memang sedihkan bila terpaksa berpisah dng anak...tapi trpksa merelakan demi mngejar ilmu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq MP..
      Tiba masa kita terpaksa berpisah juga dgn anak2. Perasaan tu hanya orang yg dah melaluinya yg tahu..

      Padam
  4. akak... berpisah dgn anak2 mmg momen yg tak dpt digambarkan dgn perasaan kan. apa2 pun izan doakan yg terbaik buat angah juga. jgn sedih2 tau kak mie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Izan krn memahami. Kesedihan tu terpaksa pendam supaya anak2 tak susah hati.

      Padam
  5. Good luck angah.. semoga cemerlang dalam pelajaran juga cemerlang sebagai muslimah mukminah solehah dalam kehidupan, dunia dan akhirat.. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. Tq Zefa. Itulah juga harapan ibu & ayahnya..

      Padam
  6. TAHNIAH Angah....tahniah juga utk ibu dan ayah krn mampu mendidik angah menjadi anak yg cemerlang.....Ingatlah pesanan ibu n ayah angah.
    GUd luck angah..moga angah mampu membahgiakan insan2 trsyg.....amin

    BalasPadam
  7. Amin.. Tq Yah. Begitulah harapan kita drp anak2..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.