Ahad, 8 Julai 2012

Hanya Dua Bulan Lagi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sekejap je bulan Julai dah bertamu. Bermakna tinggal hanya lebih kurang dua bulan je lagi untuk murid-murid tahun 6 membuat persediaan untuk UPSR. Untuk pengetahuan, tarikh peperiksaan UPSR tahun ini adalah pada 11 - 13 September.

Dua bulan bukanlah tempoh yang lama kerana dalam tempoh itulah kita akan berpuasa dan beraya. Faham-faham jelah kalau dah raya. Akan adalah yang raya sakan sampai lupa peperiksaan penting sedang menanti. 

Seperti biasa, apabila bulan Julai menyapa, guru-guru tahun 6 pasti makin sibuk. Dalam tempoh yang makin singkat ini, anak didik perlu dibekalkan dengan ilmu secukupnya. Minggu lepas dimaklumkan bahawa pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) UPSR perlu dihantar pada hujung bulan Julai; tidak seperti kebiasaannya pada bulan Oktober. Jadi, satu lagi tugasan perlu disiapkan dengan segera.

Hari ini ibu menyiapkan borang ini.. 

Borang perakuan calon ini perlu dibawa oleh murid-murid ke dalam dewan peperiksaan pada hari peperiksaan. Jadi, segala maklumat dalam borang ini perlu tepat untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada hari peperiksaan.

Sebagai guru kelas, ibu perlu menyemak ejaan nama setiap murid, nombor surat beranak/ kad pengenalan, angka giliran dan menampal gambar murid. Jenuh juga nak menyiapkannya sebab setiap murid memerlukan dua salinan borang. Jadi, kerja ibu hari ini menyiapkan 35 x 2 = 70 borang.

Alhamdulillah, jam 6 petang tadi dah selesai borang untuk 34 orang calon. Hanya tinggal seorang calon yang belum menyerahkan gambarnya walau dah berpuluh beberapa kali ibu minta. Bermakna, tugas ibu yang satu ini belum bereslah..

**Borang ini boleh disiapkan bersama murid-murid, tapi ibu tak nak borang ni comot.

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama08 Julai, 2012

    tahniah sis...akhirnya langsai jugak keja sis sbg guru wp sepatutnya anak2 didik buat sendiri kan...^^

    BalasPadam
  2. cikgu skrg hari cuti pun masih bertungkus lumus membuat kerja2 sekolah kan.jasamu tetap dikenang.

    BalasPadam
  3. sekarang saya sudah faham kenapa anak ibu, si Faiq itu mahukan semua kerjanya sempurna...apa lagi, sebab ibunya juga sentiasa mementingkan hasil yang sempurna...dan tak comot!

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.