Khamis, 26 Julai 2012

Jom.. Kibarkan Jalur Gemilang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Isnin lepas, Panitia Pendidikan Islam sekolah ibu telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati buat murid-murid yang berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Telah menjadi kebiasaan di sekolah ibu, murid-murid yang berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban diberikan penghargaan. Lebih seratus orang murid tahun 1- 6 telah menerima cenderahati ini.

Pada hari yang sama juga, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 telah dilancarkan. Sepatutnya pelancaran dibuat pada hari Jumaat minggu lepas. Namun, pagi Jumaat tu hujan renyai-renyai. Jadi, program terpaksa ditunda ke hari Isnin. 




Bukan main bersemangat lagi si bujang ibu; Faiq 
mengibarkan Jalur Gemilang bersama rakan-rakan barunya.
Cer teka yang mana satu Faiq.

Kepada yang belum kenal, inilah putera bongsu ibu tu.. 



Jom, sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang..


**Maaf lah sebab gambar-gambat kat atas ni kelabu asap je.. Tuan kamera belum sempat menuntut ilmu..

14 ulasan:

  1. Budak2 sekolah je lah yg masih bersemangat kibar bendera :)
    Teringat arwah abah saya... Mmg patriotik orgnya :)
    Mana satu ya faiq. Dua dr kiri ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah nampaknya UI.. Buak2 memang cukup bersemangat.. Moga semangat tu tetap kekal bersama peningkatan usia mereka..

      Padam
    2. Faiq no 2 dari kanan

      Padam
  2. Bersemangat betul budak2 tue kibarkan bendera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cukup bersemangat.. Sejak kecillah kita kena didik mereka agar mencintai negara..

      Padam
  3. Bersemangat sungguh mereka ni, rasa mama kan yg pakai kot dan bersongkok betul tak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mereka cukup bersemanagt..
      Bukan yang tulah mama.. Faiq yg di sebelahnya tu..

      Padam
  4. wah bersemangat..
    Kalau kak mie nk tau, sk yah xbuat pun program ni...entahlh, trlepas pndang kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke.. biasanya kena hantar laporan bergambar.. kali ni tak perlu ke?

      Padam
  5. Semangat macam ni yang kita nak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Arina.. mereka kan bakal pemimpin suatu masa nanti..

      Padam
  6. meriahnya!!!!...sekolah saya pun dah buat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak2 yang bersemangt MP.. tu yang jadikan suasana cukup meriah..

      Padam
  7. Sekolah anak kakak pun jual bendera sampai kakak salah sangka ingatkan dia tak berpuasa rupanya duit itu dia beli bendera dan majalah...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.