Ahad, 22 Julai 2012

Lawatan ke Tanah Serendah Sekebun Bunga

Pada 22 dan 23 Jun yang lalu ibu dan rakan-rakan yang terlibat dengan program kecemerlangan tahun 6 dan penggubal-penggubal soalan daerah Jerantut telah menyertai lawatan ke Kelantan Darul Naim yang terkenal dengan jolokan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Turut serta adalah beberapa orang AJK Majlis Guru Besar dan pegawai PPD daerah Jerantut.

Lawatan ini adalah ganjaran buat kami atas kecemerlangan daerah ini dalam UPSR tahun lepas. Kami bertolak pukul 8.00 pagi. Alhamdulillah, perjalanan ok sehinggalah kami berhenti rehat di Hentian Rehat Gua Musang. 


Hentian Rehat Gua Musang l Google image

Kelihatan masih baru. Surau, tandas dan persekitarannya cukup bersih. Memang puas hati. Sebenarnya, ada cerita di sini. Sebaik bas tiba di sini, sebuah tayarnya pancit. Jadi, sepas solat dan makan kami terus menuju ke bengkel.

 Sejam juga kami menunggu di sini

Kami tiba di tempat penginapan lebih kurang pukul 5.00 petang. Kemudian, 
ibu dan beberapa orang rakan terus je ke sini..

 Sudah tentu ke Pasar Siti Khadijah. Kami tiba dah petang, jadi banyak gerai yang dah tutup.

 

 

Sampai je di sini, mulalah lupa diri. Macam-macam yang berkenan. Namun, memandangkan kain-kain yang ibu beli ketika Cuci-cuci Dompet @ Pasar Payang belum berjahit, ibu kuatkan hati agar tak tergoda. Ibu hanya beli telekung dan beberapa helai kain batik dan pelikat di sini. Ada antara rakan yang siap beli kain pasang dan baju Melayu raya sedondon anak-beranak.  

Malamnya, aktiviti membeli-belah lagi di Wakaf Che Yeh. Namun, ibu dan beberapa orang rakan tak ikut serta. Ibu sakit kepala yang teramat hingga tak mampu bertahan. Lepas telan ubat, terus zzzzzzz... 

Keesokannya, kami ke pejabat operasi Zoom A yang terletak di bandar Kota Bharu. Di sini, kami mendengar taklimat tentang penggubalan soalan untuk Program Zoom A. Ibu pernah buat entry tentang Zoom A di sini. Pihak Zoom A jugalah yang menaja sarapan, makan tengah hari dan makam malam kami di sini. Makanannya memang sedap. (Ibu pernah ke sini penghujung tahun lepas)

 
Ibu bersama rakan-rakan selepas sesi taklimat berakhir


Dari sini sepatutnya kami bertolak pulang. Namun atas permintaan ramai, kami berpeluang ke Rantau Panjang. Masa yang diberikan untuk membeli-belah di sini tidak lama memandangkan perjalanan pulang yang jauh. Di sini ibu hanya sempat beli t-shirt untuk dua bujang ibu, Faiq dan Faiz. Kemudian, kami sempat singgah untuk solat di Masjid Beijing.

Masjid Beijing l Google image

Kami tiba di Jerantut dah hampir pukul 1.00 pagi. Lawatan yang memenatkan tapi banyak pengetahuan yang diperoleh.

P/s: Ada janji manis buat kami; lawatan ke Sarawak tahun depan andai kami dapat meningkatkan kecemerlangan UPSR tahun ini.

9 ulasan:

  1. lawatan camni mmg best.sakan juga berjalan ye..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best PK tp penat sgt. Maklumlah yg join tu org2 lama.. Hehe..

      Padam
  2. padat + penat + berbaloi.....bestkan kalau diadakan program mcm nie..sekurg2nya rasa diri dihargai...
    Moga thn depan Daerah Jerantut akn dpt keputusan cemerlang utk kesekian kalinya..kalau p Srwk jgn lupa singgah pasar satok yg best tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 begitulah yah. Tp kita ni walau x djanjikan apapun ttp buat kerja shabis baik. Bonus bagi kita andai pengorbanan dihargai..
      apa2 pun harap dpt la pi srwk tu..

      Padam
  3. salam kak mie...

    p kelantan yerk...best tak?hii...kak mie cantik la banner kat atas tu...suka sangat tengok...:)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama23 Julai, 2012

    cantik header baru sis tu...hihi
    ***wah lepas ni blh la bershopping tembikar srwk la plak sis...hehe

    BalasPadam
  5. Seronok bila ada sesi lawatan mcm ni.. cantik masjid tu kan. Belum dpt singgah lagi.
    Seronoknya boleh pergi Sarawak pula nani :) good luck!

    BalasPadam
  6. Seronoknya, jln2 sambil menimba ilmu. Free pulak tu. Sy lama dah x g kb.. Last pg kelantan pergi selising cari pml :-)

    BalasPadam
  7. suami ore klate. saya nogori.
    tapi dah lame x kelik klate sebab ayah & ma dah meninggal.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.