Jumaat, 14 September 2012

Hantaran Pertunangan Adinda Tersayang

Hari Sabtu, 08.09.2012 yang lalu adik bongsu ibu, Nor Sharina telahpun selamat ditunangkan dengan jejaka pilihan hatinya dari Segamat. Akhirnya, bertemu juga dengan pilihan hati setelah sekian lama mencari.. hehe.. Jangan marah ye achu..

Tarikh tu dipilih lebih awak namun penghujung Ramadhan lepas, kementerian pelajaran umumkan yang sekolah boleh memohon cuti lebih awal untuk sambutan Aidilfitri. Cuti yang dipohon perlulah diganti pada tarikh tersebut (08 September). Nak buat macam mana.. terpaksalah akur..

Jadi, pada tarikh tersebut macam orang lain juga ibu melangkah ke sekolah macam biasa. Ibu tak memohon cuti memandangkan UPSR sudah terlalu hampir. Lagipun, pada hari itu bilik-bilik peperiksaan perlu dikemaskan. Ibu hanya meminta kebenaran daripada boss untuk balik pada pukul 10.30 pagi. Kebetulan jadual ibu pada hari Khamis habis sebelum waktu rehat. 

Ok lah.. Kali ni ibu nak kongsikan gubahan hantaran pertunangan hasil tangan ibu buat adinda tersayang. 








Hampir dua minggu juga ibu berulang-alik ke rumah emak untuk menyiapkan gubahan hantaran ini. Nasib baik rumah mak tak terlalu jauh. Semua barang dibeli sendiri oleh adik ibu memandangkan ibu terlalu sibuk ketika itu. Ibu hanya menggubah mengikut  permintaan tuan badan. 

P/s: Mata dah tak sanggup nak buka lagi ni. Esok ibu kongsikan gambar-gambar lain pulak.

7 ulasan:

  1. sireh junjung ke tu? cantik gubahannya :)

    BalasPadam
  2. tahniah buat adik bongsu ibu....
    pandai dan kreatif lah ibu ni..
    wat gubahan..cantik2 dan terbaekkkk:-)

    BalasPadam
  3. Antara perkara yg KZ tak gheti..mengubah-ngubah..sirih junjung mau jadi sirih berteraburrr

    BalasPadam
  4. Tahniah untuk adik bongsu ibu...cantik gubahan hantaran tue...kreatif jugak ibu nie...

    BalasPadam
  5. Cantiknya kak.. semua cantik. Mmg sentuhan emas, jemari kekanda ku ini..

    ps: minta ampun minta maaf kak, lama tak singgah sini..

    BalasPadam
  6. Cantik gubahan dan tahniah buatnya

    BalasPadam
  7. cantik semuanya cantik dan berkenan dihati...bertuah anak kak ibu nanti kalau kawin tukang gubah dah ada hehehehehe

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.