Khamis, 27 September 2012

Bermesyuarat & Menyiapkan Hantaran Perkahwinan


Makin sepi nampaknya teratak maya ibu ni dek kesibukan tuannya. Kepada rakan-rakan yang berkunjung ke sini, maaf kerana kunjungan belum sempat dibalas. Insyaallah, akan ibu lakukan apabila berkesempatan. Janganlah serik untuk berkunjung ke sini lagi ye..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini ibu bersama 21 orang guru Bahasa Melayu dari beberapa buah sekolah di daerah ini berkampung di sini lagi.  


Isnin hingga Rabu kami bermesyuarat di sini dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Alhamdulillah, semalam dahpun selesai. Bukan selesai macam tu saje tau.. Kami balik bersama tugasan yang perlu disiapkan dan dibawa ke sini semula pada 8 dan 9 Oktober.

Jika pagi hingga petang ibu di sini, malamnya pula ibu sibuk menyiapkan baki hantaran pernikahan anak saudara ibu, Faizal. Dalam entry sebelum ni ibu dah tunjukkan lima gubahan hantaran. Hari ni ibu nak tunjukkan baki tiga gubahan lagi.

Al-Quran & telekung

Sirih & buah-buahan

Mas kahwin dan rantai tangan ni tidak termasuk dalam hantaran.
Yang ini akan dibawa pada majlis akad nikah manakala tujuh hantaran
yang lain tu akan dibawa semasa majlis persandingan.



Petang tadi Faizal bersama mamanya (adik ipar ibu) datang untuk mengambil hantaran-hantaran ni. Nampaknya, mereka suka sangat dengan hasil tangan ibu ni. Dah tentu ibu lagi gembira kerana hasil kreativiti ibu dapat menggembirakan mereka. 

Oklah, kita jumpa lagi esok.Assalamualaikum.

8 ulasan:

  1. wahhh...ni nnt boleh mintak ajar ni...hehehe..utk masa depan..

    BalasPadam
  2. kreatifnya ... cantik ^^

    BalasPadam
  3. Boleh tempah ni....cantik. Hehe

    BalasPadam
  4. simple tp tetap cantik...

    BalasPadam
  5. simple,kreatif & sgt cantik..

    BalasPadam
  6. memang cantik kak ibu ... sweet sangat

    BalasPadam
  7. Memang berseni tangan kak mi. Bagilah apapun, menjadi je.. :D

    BalasPadam
  8. lepas UPSR ni rasa mcm xckup kaki tangan..makin sibuk..kursus KSSR, mesy sana sini, program entah apa2...penat la..
    Wah cantiknya kak mie......

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.