Ahad, 7 Oktober 2012

6 Pesanan Imam al-Ghazali


Mari kita renung-renungkan 6 pesanan Imam al-Ghazali ini.. 
  1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada   kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. 
  2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita. 
  3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya. 
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya. 
  5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita. 
  6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
p/s: Moga 6 pesanan Imam Al-Ghazali ini dapat kita jadikan panduan untuk menjauhkan diri daripada sifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka

6 ulasan:

  1. Betul tu....kita ni memang terlampau 'dha'if'kan....

    BalasPadam
  2. salam sis...
    Syukur ada yang buat post sebegini....
    Terima kasih sudi kongsikan sis buat tatapan TiranaAduka....

    Boleh bertutur bahasa jawa
    Dalam blog aku coretkan
    Buat tatapan sahabat semua
    Kalau tersalah sudi komenkan

    Tirana Aduka Seorang Lelaki
    Ada yang Komen berkata ' Kakak"
    Mungkin salah ku Tak kenalkan diri
    Hanya tersenyum di Panggil 'KAKAK"

    Cerita pula tak indah mana
    sekadar memori cebisan lama
    Hanya satu pinta Tirana
    Moga persahabatan kekal selama

    biar blog bertukar rupa
    TiranaAduka singgah jua
    Ape khabar gerangan disana?
    Moga persahabatan kekal selama...

    Tirana ini tak pandai bermadah
    Bersyair gurindam jauh sekali
    Singgah setelah selesai ibadah
    jangan lupa berkunjung kembali

    Aku menulis kisah sebenar
    Dari hati ku luahkan kata
    Walau bukan nama sebenar
    Itulah Dia TiranaAduka

    Walau perit ku tulis jua
    Bukan membuka pekong di dada
    Masih baru di alam maya
    Itulah gerangan Si TiranaAduka

    Tulisanku tidak seindah mana
    Maaf di pinta andai terasa
    Bukan bermaksud untuk mempersenda
    Hanya Coretanku di baca bersahaja

    BalasPadam
  3. Sangat setuju...siapa kita hendak membeda2kan seorang insan.

    BalasPadam
  4. Betul tu..Jangan rasa diri kita lebih dari segalanya....

    BalasPadam
  5. setuju sgt....yg pntg sentiasa tawaduk

    BalasPadam
  6. Orang angkuh tidak kemana jua...akhirnya jatuh tersungkur jua...nice info..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.