Ahad, 28 Oktober 2012

Menu Hari Raya Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, raya kali ni ibu dan adik-adik dapat berkumpul lagi. Suasana memang cukup meriah, maklumlah adik-beradik ibu ramai ditambah dengan anak buah seramai 21 orang.  

Hari Khamis, adik-adik ibu masih bekerja. Bertolak pulangpun setelah habis waktu pejabat. Jadi, macam biasa juadah untuk hari raya pertama ditempah sahaja oleh adik-adik ibu. Masing-masing kepenatan dan tak nak berpenat lelah memasak untuk hidangan pagi raya. Perancangan ibu untuk masak lontong pada hari raya pertama terpaksa dibatalkan disebabkan makanan yang ditempah agak banyak.

 
Mi kari bukan kegemaran ibu. Jadi, ibu jamah sikit je..

 Hah..pulut kuning ni kesukaan ibu. Makan dengan rendang daging.
Makan tak ingat dunia lepas tambah, tambah lagi.. Di sebelah tu sambal tumis ikan bilis.

 Sate ni kesukaan anak-anak. Jadi, memang tempah banyak. Sekejap je licin.

Lemang - juadah wajib setiap kali raya. Makan dengan rendang daging dan rendang ayam. Ibu hanya makan sepotong sebab perut dah diisi dengan pulut kuning.
 
p/s: Untuk tahun ni, upacara korban dilakukan pada hari raya kedua.  

18 ulasan:

  1. Selamat Hari raya korban kak ibu salmi.... maaf atas segala kekhilafan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya juga buat mama sekeluarga. Akak juga mohon maaf andai ada coretan yg mengguris hati & perasaan..

      Padam
  2. banyaknya menu....terliur tgk pulut kuning tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tu sebab ramai yang nak ngap.. selera pulak tak sama..

      Padam
  3. banyaknya n sedap2 pulak tu..kalau dekat confirm dh smpai....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dekat memang jemput awal2 lagi, Yah..

      Padam
  4. Wah banyaknya makanan, saya hanya masak nasi minyak je pd hari raya pertama!

    Selamat hari raya aidil adha buat Nor Salmi sekeluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Aidiladha juga buat Teratai sekeluarga.. Terima kasih atas kunjungan

      Padam
  5. sedapnya juadah... dah lama tak makan mi kari.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak termakan sebab banyak pilihan. Mi kari tu ibu jamah je..

      Padam
  6. Seronok ya Salmi berkumpul adik beradik dan menikmati juadah hari raya bersama-sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, sweetie.
      Anak2 lagi seronok..

      Padam
  7. meriahnya makanan..suka pulut kuning tu

    BalasPadam
  8. Salam aidiladha Mi..

    Meriahnya dapat berkumpul ramai2 kan, makanan pulak semua nampak best2 tu Mi, kecur airliur tengok.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah....meriah dan penuh nikmat.
    :-)

    BalasPadam
  10. salam aidiladha sis...
    bestnye dpt mkn ramai2 kan...menu sis pun best tu...

    BalasPadam
  11. wow terliur tengok...terbeliak anak mata sy nie tgok semua makanan.sedapnya!

    BalasPadam
  12. Wah banyak betul menu menggoda... Semuanya sedap2 belaka.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.