Selasa, 23 Oktober 2012

Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18: Bahang Kian Terasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 akan bermula tidak lama lagi dengan slogan ‘Bahang Kian Terasa’. LTdL 2013 bakal kembali ke tempat asalnya di Pulau Langkawi di mana praperlumbaan akan berlangsung di sana pada 20 Februari. Perlumbaan peringkat pertama pula akan bermula di Kangar, Perlis pada 21 Februari 2013. 

Beberapa lokasi baru turut diperkenalkan seperti Serdang, Sungai Siput dan Kuala Kangsar selain beberapa lokasi lama seperti Mentakab dan Dungun. Namun, laluan paling mencabar semestinya melibatkan pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Laluan Le Tour de Langkawi 2013
-------------------------------
Peringkat 1   (21 Feb) -- Kangar - Kulim (162.7 km)
Peringkat 2   (22 Feb) -- Serdang - Kuala Kangsar (116.0 km)
Peringkat 3   (23 Feb) -- Sungai Siput - Cameron Highlands (145.5 km)
Peringkat 4   (24 Feb) -- Tapah - Kapar (168.0 km)
Peringkat 5   (25 Feb) -- Proton - Genting (108.0 km)
Peringkat 6   (26 Feb) -- Mentakab - Kuantan (212.8 km)
Peringkat 7   (27 Feb) -- Kuantan - Dungun (149.8 km)
Peringkat 8   (28 Feb) -- Kuala Terengganu - Tanah Merah (164.5 km)
Peringkat 9   (1 Mac ) -- Pasir Puteh - Kuala Berang (123.6 km)
Peringkat 10 (2 Mac ) -- Tasik Kenyir - Kuala Terangganu (114.8 km)

Jarak Keseluruhan : 1465.6 km

Terengganu sekali lagi dipilih sebagai penutup perlumbaan apabila empat peringkat terakhir berlangsung di negeri tersebut dengan misi sampingan mempromosi Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pemilihan ini juga sebagai penghormatan kepada kerajaan negeri Terengganu atas kejayaan menghasilkan ramai pelumba terbaik negara sama ada dalam acara trek mahupun lebuh raya.


P/s: Pelumba-pelumba negara dah mula berlatih melalui laluan yang telah ditetapkan. Semalam mereka singgah di sekolah ibu. Nanti ibu ceritakan.

20 ulasan:

  1. As salam Kak,

    Le tour de Langkawi... Wah siap ada entry khas nnt! Bagus betul akak ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam Marya,
      hehe.. entry tentang pelumba negara yg singgah di sekolah akak.

      Padam
  2. huhuh..
    tak minat sgt tgl le tour ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak minat dgn sukan berbasikal ke..

      Padam
  3. kdng2 tertengok kat tv ... baru lyn. klu tak mcm tak tahu jerk ... huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. LTdL sekarang macam kurang promosi je.. Tu yg buat ramai org tak menyedarinya..

      Padam
  4. Mesti best kan...
    Wilma belum berkesempatan nak tengok "live"
    Tengok dalam TV adalah...Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org yg tinggal di sepanjang laluan tentu tak lepaskan peluang tgk 'live'. Yg lain tu tgk tv jelah..

      Padam
  5. tak minat sangat le tour ni...
    tapi kalau tertengok, layan aje la kejap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak minat sukan berbasikal ke Ruha?
      Kebiasaannya sambutan di sepanjang laluan memang meriah.

      Padam
  6. sis tak brapa kalau lalu tengok jugak...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita JS.. Kalau lalu tu tgk la..

      Padam
  7. dulu mase sekolah rndah bile tahu sume cycler akan lalu ari tu, cikgu siap suruh beratur tepi jalan lagi bagi sokongan.. rindu zaman tu.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarangpun mcm tu kay-are.
      Budak2 memang menantikan peluang tgk secara 'live'..

      Padam
  8. Balasan
    1. Bolehlah bawa Airiel & Aidid tgk sekali..

      Padam
  9. kadang excited juga bila tengok basikal pelumba yang laju2 ni melintas kat depan kita kan, pernah gak terserempak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 memang suka ummiross. Dah tua2 ni minat tu kureng sikit..

      Padam
  10. saya tak tengok sebab nak kayuh basikal pun tak larat..macam tak kena ajer komen dengan entri ini...emmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentu Hanif ni bukan penggemar sukan berbasikal.
      Kalau tak minat tu ada je alasan.. hehe

      Padam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.