Ahad, 14 Oktober 2012

Menanti di Barzakh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Selamat berhari minggu buat semua. Sambil berehat pagi ni, marilah kita hayati bait-bait lagu ini yang bagi ibu cukup menginsafkan. Menitis airmata tatkala menghayatinya. 

Sebenarnya, lagu nasyid nyanyian kumpulan Far East ini dah agak lama diterbitkan malah pernah menimbulkan kontroversi.  Bagi ibu, kisah dalam lagu ini hanyalah sebuah perlambangan yang mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Inilah realiti yang akan dilalui oleh setiap insan.


Menanti di Barzakh ~ Far East 

Kumerintih, aku menangis,
Kumeratap, aku mengharap,
Kumeminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata.

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya.

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku.

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan kudengari,
Tangis mereka yang kutinggalkan,
Kehidupan di sini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian.

Kembali roh kembali,
Kembalilah ke dalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad di dalam keranda kayu.

Ajal yang datang di muka pintu,
Tiada siapa yang memberitahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk kumengulangi.

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan.


“Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
(As-Sajadah:12)

p/s: Teringat dosa-dosa selama ini. Terlalu leka dengan nikmat dunia yang fana hingga mengabaikan bekalan ke dunia yang baqa. Ya Allah, ampunilah segala dosaku..

5 ulasan:

  1. kita manusia tak terlepas dari dosa..moga Allah ampunkan dosa2 kita..insha Allah..penuh makna lagu ni

    BalasPadam
  2. semoga Allah mngampunkan dosa2 kita selama ni...

    Pertama kali dgr lagu ni...mnginsafkan...

    BalasPadam
  3. dulu setiap kali kite nyanyi lagu nih, ade je org dekat2 meninggal mcm moyang..seram jadinye tapi suke nyanyi sebb mmg insaf dgr..muge saham bpngan buat ust asri ;)

    BalasPadam
  4. terkadang trfikir sampai bila hidup ini akan berakhir bila melihat ramai rakan2 dh kembali ke rahmatullah di usia awal 40an.....

    BalasPadam
  5. Lagu2 kerohanian sebegini perlu diperbanyakkan. Boring juga telinga asyik disumbat dgn lagu2 cinta dan putus asa yg tak menyumbang apa2 tu...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.