Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam Aidiladha 1433H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Setelah setahun meninggalkan kita, kini tirai Aidiladha tersingkap kembali. Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan hari yang membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam. 

Ibu sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung iBu BeRbiCaRa yang beragama Islam. Kemaafan ibu pohon andai ada coretan ibu yang mengguris hati kalian.

Berbicara tentang Aidiladha, sudah tentu ia sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu.

"Peperangan di akhir zaman nanti adalah peperangan melawan hawa nafsu."

Sesungguhnya, sabda Rasulullah tersebut juga turut membawa erti pengorbanan dalam maksud yang tersirat. Kita perlu berjihad untuk memerangi hawa nafsu  yang sering dibiarkan terpengaruh dengan hasutan syaitan. Dalam perjuangan inilah kita perlu berkorban - korban harta benda, masa, minat, wang ringgit, perasaan dan sebagainya.

Moga pada Aidiladha kali ini kita sama-sama menghayati, mendalami dan mengamalkan konsep dan erti pengorbanan yang hakiki. Namun, harus diingat setiap pengorbanan yang kita lakukan haruslah disandarkan kepada Allah SWT. Keikhlasan hati dalam melakukan pengorbanan pasti akan mendapat ganjaran daripada-Nya.

P/s:  Maaf dipohon, doa dihulur.. moga ukhwah kita semakin erat.

9 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Haji to ibu (Nor Salmi) and all Muslim Blogger.
    Selamat Hari Raya Qurban | Idul Adha | 1433 H 2012 M Have a great festive season and have a great time with your friends and family. Semoga mendapat rahmat dari Allah.
    Click to follow ♌¹³ Pseudosupra | aLive Blog di Nuffnangx. Saya akan follow balik secepat mungkin.
    Thanks in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Raimi.. terima kasih.

      Padam
  2. selamat hari raya aidiladha ya kak salmi... ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya Mia.. terima kasih.

      Padam
  3. Salam aidiladha buat puan sekeluarga.

    BalasPadam
  4. as salam,

    selamat hari raya kak :)

    BalasPadam
  5. Selamat hr raya kak mie...

    BalasPadam
  6. salam aidiladha utk akak dan fmly.....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.