Ahad, 25 November 2012

Bantulah Lindungi Bayi Palestin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

SHAH ALAM - Meskipun setiap bulan Israel membunuh warga Palestin, penjajah Zionis itu tidak mampu menghentikan pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat.

Angka kelahiran baru dikeluarkan Jabatan Masyarakat di Kementerian Dalam Negeri Gaza pada Oktober lalu, menjadi bukti wanita Gaza paling subur di dunia.


Menurut InfoPalestin, data  itu menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza, 15 nisbah 1.


Dalam tempoh empat bulan terakhir, terdapat 14,280 kelahiran baru iaitu 7.329 bayi lelaki (51.3 peratus) dan 6.955 perempuan (48.6 peratus).


Ini bererti lebih daripada 155 kelahiran berlaku setiap hari sedangkan angka kematian dalam tempoh sama berjumlah 974, iaitu 523 atau 53.6 peratus lelaki dan 451 atau 46.3 peratus golongan perempuan. Ini bererti kematian di Gaza berjumlah 10 orang sehari.
 

Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi per wanita jauh berbeza berbanding tahap kesuburan di Israel yang hanya 2.6 bayi per wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009, menunjukkan Gaza dipenuhi anak muda.


Seramai 793,520 penduduk Gaza adalah golongan belia sedangkan Israel menderita dengan tingginya peratus penduduk berusia tua.


Jadi, dengan laporan kelahiran yang amat memberangsangkan ini, marilah kita sama-sama memastikan bayi-bayi kecil yang dilahirkan setiap hari di Gaza terpelihara kesihatan dan keselamatannya.


Kita boleh bersama membantu dengan menyumbang melalui Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian.


Moga setiap ringgit yang kita hulur, dapat melindungi mereka untuk menjadi mujahid mengembalikan kedaulatan bumi Palestin.


Sebelum ini, sumbangan pertama daripada Yayasan Nur Karangkraf sebanyak RM50,000 diserahkan kepada Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut bagi membeli ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.


Rakan penyalur bagi memastikan sumbangan orang ramai dapat dihantar seberapa segera ke Gaza ialah Aqsa Syarif dan Islamic Relief Malaysia (IRM).


Tabung ini menyasarkan kutipan RM1 juta dalam masa terdekat dan berharap menerima sumbangan daripada semua lapisan masyarakat.


Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, bernombor 506164-019988. Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain di talian 03-51013820.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui cek dengan menghubungi Sekretariat Sinar Harian untuk urusan penyerahan. [sumber]

p/s: Teruskanlah keperihatinan kita. Hulurkan tangan buat saudara-saudara kita di sana.

3 ulasan:

  1. in shaa Allah..akan ada yg berhati mulia membantu mereka..yg lain hanya mampu menadah doa..=)

    BalasPadam
  2. sama2lah kita ye

    BalasPadam
  3. Baru tau info ni. terima kasih kak sudi berkongsi. Itulah kuasa Allah. berapa ramai rakyat Palestin dibunuh Israel tp makin bertambah rakyatnya. Sama2 doakan semoga rakyat israel berkurang / yg tinggal lebih banyak tua dari belia.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.